Khamis, 2 April 2015

Bagaimana ingin peroleh bahagia hakiki?

Bagaimana ingin peroleh bahagia hakiki

Dalam hadis sesiapa yang ucapkan Laa ilaha illallah (bermaksud, tiada Tuhan melainkan Allah) 
Allah hilangkan 99 musibah.

Paling kecil dukacita dari hati. Hilang stress dan tekanan.

Ucaplah “laa ilaha illallah”, tiada tuhan selain Allah. Tiada yang berkuasa selain Allah. Tiada yang boleh bagi bahaya dan faedah selain Allah.

Seluruh dunia berubah, tapi hanya Allah yang boleh bahagiakan saya.

Tiada siapa boleh beri apa saya nak, melainkan Allah. Apa saya miliki atau saya dapat, tak boleh beri bahagia melainkan HANYA ALLAH boleh beri bahagia.

bahagia hakiki 



Jaga solat awal waktu. Lelaki berjemaah di Masjid. Allah janji, akan jaga rezeki orang yang solat berjemaah.

Bila mereka mendapat kesenangan, mereka tidak angkuh, kedekut, lupa diri.

Bila mereka susah, mereka akan sabar dan mereka tetap bahagia. Mereka menangis di depan Allah. Allah janji rezeki orang jaga solat. Dia dalam jagaan Allah.

Cinta dan hidupkan Sunnah Nabi sollallahu’alaihi wasallam.

Hanya cara hidup Nabi sollallahu’alaihi wasallam boleh bawa kejayaan, kemuliaan, ketenangan dunia dan akhirat.

Selain dari hidup Nabi sollallahu’alaihi wasallam, itu bukan kemuliaan dan kejayaan.


Ingat lah Allah sentiasa.
 
Hanya dengan ingat Allah hati menjadi tenang.

Ingat halal haram. Jaga perintah Allah. Allah jaga kita.

Suka membantu dan memuliakan semua orang.

Berakhlak dengan akhlak Nabi sollallahu’alaihi wasallam.

Menjauhi cakap sia-sia dan jauhi dari menyakiti orang lain.

Ikhlas kerana Allah.

Istiqamah dalam membuat amalan.

Jadikan dakwah sebagai kerja utama.

Maksud hidup kita dihantar ke dunia ialah dakwah. Bawa diri dan seluruh manusia kepada Allah.
SEMUA ORANG KENA BUAT DAKWAH dengan cinta.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Dialah pemilik segalanya.

Tulisan : Ustaz Ebit Lew
pakor how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...