Apabila bercerita tentang perkahwinan,
kita membayangkan sebuah majlis indah dengan dekorasi serba cantik dan
anggun, meriah dengan gelak tawa tetamu serta hidangan makanan serba
enak untuk santapan raja sehari. Tidak kurang juga dengan sogokan
rancangan-rancangan perkahwinan yang mengaburi mata kita dengan majlis
perkahwinan idaman yang serba mewah, persalinan pengantin rekaan pereka
terkenal serta kek bertingkat-tingkat.
Antara misi dan impian hidup adalah
mendirikan rumahtangga, bagi ramai anak muda masa kini yang sudah
berpasangan, bila ditanya, ‘bila mahu kahwin?’, jawapan paling popular
ialah: “bila cukup duit”.
Tidak kurang juga yang bising apabila
memikirkan kos untuk mendirikan rumahtangga pada masa kini yang
memerlukan belanja yang banyak. Lainlah jika anda dilahirkan dalam
keluarga berada dengan ibu bapa yang pemurah dan tidak kisah
mengeluarkan belanja perkahwinan anda, ataupun, anda orang terkenal yang
mendapat tajaan sana sini bagi majlis resepsi anda.
Duit atau juga kemampuan mengadakan
kenduri perkahwinan merupakan rintangan utama untuk menuju gerbang
perkahwinan, lalu, ramai yang mengambil jalan mudah dengan membuat
pinjaman peribadi untuk ‘mencukupkan’ wang perbelanjaan dan
mempercepatkan majlis perkahwinan.
Disini kami ada sedikit idea untuk anda
tentang bagaimana anda boleh menabung untuk mencukupkan duit bagi misi
berkahwin. Untuk menjadikan usaha ini lebih adil, lebih elok jika
kedua-dua belah pihak sama-sama mengumpul duit belanja perkahwinan.
Seperti kata pepatah moden, berdua itu lebih baik, dalam konteks
mengumpul duit, semestinya.
Simpan Duit Awal-awal
Ibarat kata ibu sedari kecil,
berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Begitulah juga jika anda boleh
mula menyimpan wang seawalnya, walaupun sedikit demi sedikit, jumlah
itu pasti akan bertambah jika anda mampu bertahan dan bersabar.
Menabung wang, jika tidak diamalkan dari
usia muda, mungkin agak susah untuk konsisten, namun dengan bantuan
kemudahan masa kini, anda boleh terus menabung ‘secara paksa’ untuk
kesenangan anda juga nanti.
Arahan Tetap dan Simpanan Tetap adalah
antara kemudahan-kemudahan yang disediakan pihak bank untuk meletakkan
sebahagian wang anda sebagai tabungan masa hadapan. Anda boleh
mendapatkan maklumat selanjutnya di bank terdekat jika anda berminat.
Kepada yang pernah menabung semasa kecil, ini pastinya bukan masalah
kepada anda.
Jika anda boleh asingkan RM250 sebulan
untuk tabungan, tanpa gagal menyimpan selama 4 tahun, dalam tak sedar,
anda berjaya mengumpul sebanyak RM12,000. Wow!
Melabur
Tidak semestinya anda harus menunggu
sehingga ada wang lebihan baru anda berfikir apa yang perlu dibuat
dengan lebihan itu (situasi yang jarang-jarang berlaku). Mungkin anda
boleh menjinak-jinakkan diri dengan aktiviti melabur.
Tetapi berhati-hati, bukan pelaburan
tidak sahih di luar itu. Anda boleh memilih jenis pelaburan yang
memberi imbuhan konsisten serta dari institusi yang mempunyai reputasi
pelaburan yang baik. Ada banyak jika anda luangkan sedikit masa membuat
carian, yang paling popular adalah ASB. Dan apabila anda sudah membuat
pelaburan, janganlah gopoh ingin menghabiskan dividen yang terima
setiap awal tahun, ingat, ianya untuk kegunaan lebih besar di masa depan
nanti, contohnya: perkahwinan anda!
Kurangkan Belanja Bulanan
Ya, bagaimana mahu menabung jika setiap
bulan, gaji anda habis elok-elok cukup bulan? Ini memerlukan sedikit
ketahanan mental dan usaha gigih untuk membuahkan kejayaan. Yang
penting, anda menetapkan niat tidak mahu meminjam untuk berkahwin dan
ingin mengumpul wang untuk majlis anda nanti.
Apabila bercakap tentang mengurangkan
belanja bulanan, ini bermaksud, rutin harian anda akan berubah jika
tidak drastik, sedikit tetap ada dan anda harus cekal melakukannya.
Jika selama ini anda makan tengahari di luar dengan kos dalam lingkungan
RM10 sehari, cuba pula membawa bekal. Bukan sahaja lebih jimat, malahan
ianya juga mungkin lebih berkhasiat dari makanan berminyak diluar sana
itu.
Selain dari itu, anda boleh juga bertukar menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja ataupun carpool jika ada rakan sekerja yang tinggal dalam kejiranan sama dengan anda. Ingat, ini memerlukan kecekalan!
Pada peringkat awal, perubahan ini boleh
jadi merenyahkan tetapi bukan selamanya anda harus berbuat sedemikian.
Selain dari itu, anda mungkin boleh mengubah corak anda berbelanja,
mengamalkan panduan berbelanja secara berhemah dan seterusnya
menambahkan wang dalam tabungan kahwin anda.
Kerja ‘part time’
Jika anda tidak mampu menabung kerana
gaji yang yang betul-betul ‘cukup makan’, anda boleh cuba melakukan
kerja sampingan untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Sejujurnya,
ramai anak muda zaman sekarang yang membuat kerja sampingan, ada yang
sehingga tiga kerja sampingan! Ada banyak sebenarnya jika anda rajin
untuk berusaha.
Jauhi Pinjaman Peribadi
Mungkin ini agak ‘terlari’ dari tajuk
tetapi kami ingin tekankan disini, apabila memikirkan untuk
melangsungkan perkahwinan, jangan jadikan meminjam wang dari bank atau
mana-mana institusi kewangan sebagai pilihan.
Katakan tidak kepada pinjaman bank
kerana ianya membawa kepada bebanan untuk anda dikemudian hari. Berapa
banyak kes dimana pasangan lama berkahwin yang masih terbelenggu hutang
dengan pihak bank kerana pinjaman dengan bank yang masih tidak selesai
sedangkan anak sudah semakin bertambah.
Ini ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sesuai dengan bertambahnya usia perkahwinan.
Secara dasarnya, itulah panduan-panduan
yang telah terbukti berkesan setelah dicuba oleh mereka yang benar-benar
nekad tidak mahu meminjam wang semata-mata untuk melangsungkan
perkahwinan. Jika anda benar-benar cekal, tidak mustahil anda mampu
menyimpan jumlah yang mengejutkan dalam masa yang singkat sahaja.
Walaupun perkahwinan itu adalah
peristiwa sekali seumur hidup, tidak perlulah berhabis sehingga
menyusahkan diri semata-mata untuk kepuasan hati. Apa yang lebih penting
adalah kehidupan selepas berkahwin yang semestinya tersedia beribu
cabaran dan antara cabaran utamanya adalah wang. Anda boleh dapatkan disini untuk panduan berjimat di majlis perkahwinan anda.
http://jimatcermat.my
Perusahaan pinjaman Rossa stanley itu nyata, legit, tulus penyayang
BalasPadamApakah Anda memerlukan pinjaman secara nyata? Pernahkah Anda ditolak oleh organisasi keuangan, bank dan perusahaan keuangan lainnya? Jika iya, jangan khawatir lagi karena @ ROSSA STANLEY perusahaan pinjaman, kami adalah perusahaan pembiayaan yang berpengalaman yang memberikan hassle free loan kepada individu-individu yang serius dan serius, perusahaan, badan usaha dan masyarakat umum dengan bunga sebesar 2%. Kami memiliki akses ke kumpulan uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli seberapa kecilnya. Dipastikan bahwa kesejahteraan dan kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, mengapa kami berada di sini untuk mengurus pemrosesan pinjaman Anda. . Hubungi kami melalui layanan pelanggan kami
N: B Tolong jangan hubungi kami jika anda belum siap untuk mendapatkan modal ventura anda
Email: rossastanleayloancompany@gmail.com
Viber: +15186756750
Instagram: Rossamikefavor
Twitter: Rossastanlyloan
Facebook: rossa stanley nikmat
untuk respon cepat dan cepat ....
Mohon mengisi formulir aplikasi di bawah ini dan kami akan menghubungi Anda lagi, Kami tersedia 24/7
DATA PEMOHON:
1. Nama
2. negara
3. Alamat
4. Jenis kelamin
5. Bekerja
6. Posisi di tempat kerja
7. Pendapatan bulanan
8. Jumlah pinjaman dibutuhkan
9. Durasi pinjaman
10. Agama
11. Sudahkah anda mengajukan permohonan sebelumnya dan telah ditolak? Jika iya memberi alasan
12.Date of Birth