“Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah SOLAT nya. Jika amalan solatnya baik, maka dia akan bahagia dan beruntung. Jika amalan solatnya buruk, maka dia termasuk orang-orang yang rugi.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Allah bagi masa kepada kita satu hari, 24 jam. Kita hanya memperuntukkan masa dengan Allah hanya 5 waktu.
Jika dicongak secara keseluruhannya, hanya 25 – 50 minit sahaja dalam sehari masa yang kita ambil untuk solat 5 waktu. Tidak sampai 1 jam pun kita bersolat. Itu pun kita masih berkira. Kita solat macam keretapi express.
Kita nak kejar apa? Nikmat duniawi?
Daripada Abu Hurairah radhiallahu’anhu katanya (bermaksud) :
“Pernah Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam solat Zohor bersama kami. Setelah baginda memberi salam, baginda memanggil seorang lelaki yang berada dihujung :
“Wahai fulan, tidakkah kamu bertakwa kepada Allah? Tidakkah kamu perhatikan bagaimana kamu menunaikan solat? Sesungguhnya setiap seorang daripada kamu, apabila dia berdiri menunaikan solat, bermakna dia sedang berdiri bermunajat kepada Tuhannya, maka perhatikanlah bagaimana dia bermunajat kepada Tuhannya.” (mafhum hadith)
Sabda baginda sollallahu’alaihi wasallam (yang bermaksud):
“Sesungguhnya dia sedang bermunajat kepada Tuhannya. Ia merupakan isyarat bahawa seseorang itu semestinya berasa malu dilihat oleh Allah, dan berasa hampir dengan-Nya. Ketika itu dia perlu merasakan dia sedang berdiri di hadapan Allah, bermunajat kepada-Nya. Jika seseorang merasakan sedemikian, sudah tentu dia akan benar-benar memperelokkan solatnya.” (Kita Fathul-Bari)
Ambillah banyak masa untuk merasa keberadaaan bersama Allah subhanahu wata’ala ketika bermunajat.
- Janganlah solat tergesa-gesa.
- Solatlah di awal waktu.
“Ditanya Nabi sollallahu’alaihi wasallam, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu.” (Mafhum hadith Riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)
Jom perbaiki solat!
Moga kita mendapat keredhaan dan keberkatan Allah subhanahu wata’aala.
Credit to : Que Lyana Shuhaimi/pakar how to
Tiada ulasan:
Catat Ulasan