“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim
dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada
bla…bla…bla…”
Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu
sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai
Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada
yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut
langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu
sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar
faham akan maksud menutup aurat ini?
Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu,
dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang
sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah
kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka
mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah
untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita
kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat
semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha
melihat.
Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai orang yang
mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum
wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa
sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah
yang amat dahsyat?
Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah
meluhat mereka iaitu gol
ongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan
ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah
para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika
berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka
(sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan
masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga
boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim
no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita
yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah
dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita
masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian
dada sebaik-baiknya.
Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan negatif bukan
saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini boleh
menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang
durjana. Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab
keganasan ke atas wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan
selamat jika berada dalam cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti
akan dinodai orang.
Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang
sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar
mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan
(auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa
mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang
akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu
sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
berjaya.” (24:31)
Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti
di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala,
tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian
yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat
atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan
bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya.
Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.
Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu
tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat
isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung
jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah.
Jelaslah kini, lelaki dan wanita amat memainkan peranan penting dalam
isu ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk
menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita
telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita
boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian?
Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia
mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.
Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala dosa-dosa
yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member naungan
di akhirat kelak. Amin…. Wassalam.
http://www.feryco.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan