Selasa, 14 April 2015

Diari Kehidupan Kekayaan Yang Sebenar dari Ebit Lew

http://profhariz.com/wp-content/uploads/2015/04/Ebit-Lew.jpg
Ebit Lew
Ada seorang kawan letak gambar kereta Ferrari di meja kerjanya dan di dekstop komputernya. Dia letak sebuah gambar Banglo di depan meja kerjanya. Dia tampal gambar duit RM10 juta di depannya.

Dia bagi semangat pada saya supaya berniaga sepertinya dan tampal semua itu juga.

Dia desak dan pujuk saya. Taknak ke semua ini. Saya kata baik semua ni. Bagus kau. Cuma tambah satu jadual ni di meja kau. Ini rahsia yang buat segalanya nikmat dan berkat.

Saya tunjukkan jadual hidup saya padanya yang diberi oleh seorang guru pada saya masa umur saya 12 tahun. Ini jadual lama hidup saya. Guru itu tuliskan untuk saya dulu. Saya simpan sampai hari ni. 

Allah ubah hidup saya asbab amalan masjid. Amalan yang dibuat oleh para sahabah rhum.


10 Amalan Kehidupan Yang Sebenarnya

  1. Dakwah setiap hari beberapa jam.
  2. Lepas asar sehingga lewat Isya.
  3. Cari jiran, anak muda, orang sakit, orang yang susah dan ada hajat, dan semua orang Islam dan yang nak peluk Islam.
  4. Hidupkan Ta’lim masjid selepas Subuh selama paling kurang setengah jam.
  5. Hidupkan Ta’lim rumah bersama keluarga jam 9.30mlm-10mlm.
  6. Baca Al-Quran satu juz paling kurang sehari
  7. Paling kurang 2 rakaat tahajud dan menangis
  8. Solat berjemaah 5 waktu di masjid.
  9. Zikir dan hidupkan amalan Nabi saw pagi dan petang.
  10. 3 hari hingga 10 hari setiap bulan meluangkan masa berdakwah di kampung sekitar.
Segala puji bagi Allah, Allah hadiahkan saya melihat ratusan orang masuk Islam. Allah hadiahkan ribuan anak muda rempit dan jalanan mula jadi Daie dan alim besar.

Itu semua lebih berharga dari RM2 bilion ringgit. Lebih berharga dari ferrari. Lebih berharga dari istana dunia ini. Tapi bila ada orang mula kata macam-macam. Untuk sejukkan hati orang saya sayangi. Saya kata pada mak dari kecil, sebenarnya dunia ini Allah punya. Dia akan letak dunia bawah kaki orang yang nak Allah.

 Orang yang buat dakwah. Mak saya cuma senyum. Akhirnya dalam kita tak nak semua tu pun, Allah boleh beri. Tapi kita hanya mulia bukan bila dapat itu semua. Tapi hanya bila kita bawa sunnah Nabi saw.
Bila Allah terima kita. Jika kita tinggalkan amalan itu maka seluruh hidup ini tak beerti lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...