Isnin, 6 April 2015

Semua Orang Boleh Bertaubat..


Sesungguhnya, kebaikan itu lebih dominan daripada kejahatan dalam konteks orang yang ingin menempuh jalan taubat. Telitilah hadis ini:

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang perempuan di sebuah kebun dan aku telah melakukan perbuatan terkutuk dengan perempuan tersebut. Aku tidak menyetubuhi perempuan tersebut, aku telah mencium dan memeluknya. Aku tidak melakukan selain perbuatan tersebut, maka buatlah sesuka hatimu terhadapku.”




Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak berkata apa-apa, lalu lelaki itu pun pergi dan berkata Umar: “Sesungguhnya, Allah telah menutup (keaiban) lelaki itu jika dia menutup (keaiban) dirinya sendiri.”

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kembalikan dia kepadaku.”Lelaki itu dipanggil semula kepada Baginda lalu dibacakan ayat Allah yang bermaksud: “Dan dirikan solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika waktu permulaan malam (iaitu Maghrib dan Isyak). Sesungguhnya, amal-amal kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat.” (Surah Hud 11:114)

Lalu Mu‘az r.a. bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah hanya untuk dia sahaja atau untuk manusia seluruhnya?’ Baginda menjawab: ‘Bahkan ia untuk manusia seluruhnya.” (Riwayat Ahmad)
kamithemedia.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...