Selasa, 14 April 2015

Kapten Nilofar Rahmani : Juruterbang Wanita Pertama Afganistan Dalam Masa Tiga Dekad

Respect

Sebelum ini kami paparkan Bripda Nina Oktoviana (22), anggota pasukan komando anti keganasan di Acheh dan Ayesha Farooq (26), juruterbang pesawat tempur di Pakistan. Mereka membuktikan berhijab bukan halangan untuk berbakti di kepada negara. Hari ini mari lihat Kapten Nilofar Rahmani (23) yang merupakan wanita pertama menjadi juruterbang untuk Tentera Udara Afganistan dalam masa 30 tahun. Ketika era pemerintahan kerajaan boneka Soviet dahulu ada wanita dibenarkan bertugas di dalam tentera udara. Tetapi selepas perang meletus golongan wanita terpinggir dan kemudian dihalang bersekolah. 

Nilofar Rahmani ternampak iklan pengambilan juruterbang wanita 5 tahun yang lalu. Bapa beliau mahu menjadi pilot semasa muda tetapi kini sudah tua dan menggalakkan anak perempuan beliau untuk mencuba. Pada tahun 2012 beliau menerima sayap penerbangan dan mencipta sejarah. Sungguhpun begitu keluarga beliau seriang diugut oleh anggota Taliban kerana berani menentang stereotaip wanita tidak boleh menyertai pasukan tentera. Good job!






 


Sumber UTSandiego/ blog serius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...