Kulit
muka adalah bahagian yang paling sensitif yang ada pada tubuh badan
kita. Kalau tak kena dengan gaya, kulit muka akan menjadi tidak sihat,
berminyak dan berjerawat. Oleh itu, kita hendaklah jaga kulit muka kita
dengan rapa dan teratur. Apapun, kita hendaklah ketahui punca-punca
kenapa benda itu semua terjadi pada kulit muka kita.
Untuk kali ini, EM ingin kongsikan punca kulit muka berminyak
berlebihan. Kadar minyak itu perlu untuk memberi kelembapan pada kulit,
tapi kalau berlebihan, ianya sudah tidak normal dan mengundang jerawat
untuk tumbuh pada muka. Sebelum kita merawat, mari kita ketahu puncanya
terlebih dahulu.
PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK BERLEBIHAN
1) Bersihkan Muka Terlalu Kerap
- Cuci muka yang terlalu kerap boleh membuatkan kulit muka
berminyak berlebihan. Seeloknya, hanya perlu cuci muka kita 2-3 sehari.
2) Jarang Shampoo Rambut
- Sekiranya kita tidak shampoo rambut dalam masa beberapa lama,
kulit kepala akan jadi berminyak dan akan menghasilkan sebum. Oleh itu,
hasil pengeluaran dari sebum itulah yang akan membuatkan muka kita lebih
berminyak.
3) Makan Makanan Berminyak
- Kurangkan minyak dalam masakan atau kurang makan makanan yang
berminyak. Kebanyakkan punca masalah kulit muka ini adalah daripada cara
pemakanan kita. Oleh itu, amalkan makanan yang sihat untuk harian kita.
4) Hormon
- Kadang-kadang kulit berminyak ni berpunca daripada hormon yang
tidak sekata. Tambahan pula bagi remaja yang semakin meningkat umur,
memang akan sering berlaku hormon tidak seimbang.
5) Faktor Cuaca
- Cuaca jugak mempengaruhi faktor kulit kita berminyak. Terutama
cuaca panas , tambahan dengan peluh yang ada, lagilah muka kita nampak
berminyak.
www.emalaysiannews.co
Tiada ulasan:
Catat Ulasan