Sebagaimana perabot atau kemasan lain di dalam rumah, perabot kayu dan antik juga sentiasa terdedah kepada kotoran seperti debu, habuk dan sawang. Justeru, jika anda ingin atau mempunyai perabot kayu dan antik, anda perlu mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan ia sentiasa bersih dan dijaga dengan baik.
 
 
Walau bagaimanapun, hendaklah mendapat nasihat pakar berkaitan perabot antik terlebih dahulu sebelum melakukannya sendiri.
 
  • Buang lapisan lilin lama daripada perabot antik terlebih dahulu kerana pembersih perabot antik tidak akan menembusi permukaan yang mempunyai lapisan lilin lama. Terdapat pelbagai jenama pembersih/stripper yang boleh dibeli dari kedai perkakasan berkaitan untuk melakukannya. Anda juga boleh menggunakan cat nipis sedia ada, di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik, memakai sarung tangan pelindung dan topeng muka.
  • Tuang sedikit cat nipis ke dalam mangkuk kaca. Guna pad bulu keluli dan gosok perlahan-lahan secara pergerakan bulatan di seluruh permukaan perabot antik berkenaan. Berhati-hati ketika menggosok permukaan bagi mengelak ia tercalar. Apabila lapisan lilin lama mula mencair, sapukan bahagian berkenaan dengan kain lembut. Teruskan langkah ini sehingga tidak ada lagi lilin lama di permukaan perabot.
  • Campurkan sedikit cecair pencuci ringan di dalam air suam. Gosok perlahan-lahan menggunakan kain lembut untuk memadamkan sisa lilin lama. Elakkan terdapat air bertakung pada bahagian-bahagian permukaan yang berlekuk. Teruskan mengelap seluruh permukaan dengan kain lembap sehingga anda pasti lilin lama itu sudah tiada.
  • Biarkan ia kering sepenuhnya sebelum memulakan kerja-kerja membersihkan dan melenyapkan unsur-unsur calar, lubang paku atau sebarang cela pada permukaan kayu berkenaan. Terdapat pelbagai produk yang boleh diperoleh di kedai perkakasan untuk langkah berkenaan seperti pen penanda perabot khusus digunakan untuk pelbagai noda yang betul-betul dapat menandingi kesan hitam pada barangan antik anda. 
  • Selepas selesai kerja-kerja di atas, anda boleh menyapukan semula lapisan lilin pelindung atau varnis untuk melindungi permukaan bersih berkenaan. Walaupun terdapat pelbagai produk berasaskan silikon, pes lilin biasanya berfungsi dengan lebih baik untuk menjaga dan melindungi barangan antik anda.
mingguan wanita