Penambah selera nasi putih, Sambal Ikan Masin. Tidak kira orang dewasa mahu pun kanak-kanak, sambal yang dihidangkan pasti membuka selera lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama keluarga. Lebih enak jika dimasak sendiri di rumah. Selamat menjamu selera.




Bahan-bahannya:
10 ekor ikan masin – kecil
100 gm cili giling
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 camca besar air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
2 keping asam gelugur

Cara-cara menyediakannya:
  • Panaskan minyak dan goreng ikan masin.
  • Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili giling dan tumis hingga garing.
  • Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biar ia masak hingga agak kering.
  • Masukkan ikan masin dan gaul rata.
mingguanwanita