Jangan!
Jangan!
Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang nyaris-nyaris membunuh Rasulullah, kini terbaring bersemadi disebelah makam baginda sollallahu’alaihi wasallam pun. Malah mendapat title “radhiallahu’anhu (yang diredhai Allah)” pula. (Saidina Umar al-Khattab radhiallahu’anhu)
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya.
Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah sebelum ini pun, akhirnya digelar pedang Allah (Saifullah). (Saidina Khalid Ibnu Walid radhiallahu’anhu).
Jangan menilai orang dari rupanya.
Kerana Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat baginda, Saidina Julaybib radhiallahu’anhu dikejar-kejar oleh para bidadari Syurga.
Jangan memandang orang dari status dan hartanya.
Kerana sepatu emas Fir’aun pun tempatnya adalah di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah radhiallahu’anhu kedengaran langkahnya di syurga.
Subhanallah.
Maha suci ALLAH.
Semoga Allah memberikan kita taufik dan hidayah-Nya, agar pada setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. Amiinnn yaa Robbal ‘aalamiin.
pakor how to
Tiada ulasan:
Catat Ulasan