Sekiranya kita sedang gagal, jangan lah berasa terlalu kecewa dan
bersedih terlalu lama. Sebaliknya bangkitlah. Kegagalan itu adalah ujian
buat kita semua.
Jom kami kongsikan bagaimana untuk kita menjadi orang yang berjaya.
Fokus. Tiada kejayaan tanpa formula yang betul. Jadi
apakah formulanya untuk berjaya? Formula pertama adalah tumpuan/fokus.
Apabila anda melakukan sesuatu kerja maka lakukanlah bersungguh-sungguh
dan berikan sepenuh tumpuan kepadanya.
Disiplin. Pastikan anda mempunyai disiplin diri yang
kuat. Disiplin diri yang kuat semasa melakukan kerja membolehkan kerja
anda menjadi lebih teratur dan sistematik. Sekiranya seseorang itu tiada
disiplin maka dia tidak akan berjaya.
Tenaga dan Komitmen. Berikan sepenuh komitmen anda
terhadap apa yang ingin anda capai. Seseorang yang sanggup memberi
komitmen terbaiknya dan sanggup berkorban masa,harta dan tenaga pasti
akan berjaya.
Minat. Tanamkan minat terhadap apa yang anda
lakukan. Pastikan anda melakukan sesuatu itu bukan hanya kerana wang dan
jadikan wang nombor dua selepas minat. Apabila hanya wang menjadi
tujuan anda maka agak sukar anda menerima kenyataan apabila
perniagaan/projek anda mengalami kerugian. Jadikan kerja anda sebagai
sesuatu perkara yang anda minati dan kejayaan melaksanakannya sebagai
satu kepuasan.
Rajin Berusaha, Berusaha, Berusaha dan Berusaha Lagi.
Untuk berjaya, kita perlu sentiasa berusaha. Bak kata pepatah “Usaha
Adalah Tangga Kejayaan” jadi tidak syak lagi sekiranya kita rajin
berusaha maka kejayaan pasti dalam genggaman kita.
Jangan Putus Asa. Kuatkan semangat anda dan jangan
mudah berputus asa apabila ditimpa kegagalan. Hidup ini ada masa turun
dan naik jadi apabila anda jatuh fikir bahawa anda akan naik semula
sumber-sentiasapanas.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan