Khamis, 9 April 2015

Menarik - Lelaki Thai Ini Menunjukkan Teknik Yang Sungguh Ohsem Menghilangkan Migrain Dengan Pantas


Bagi anda yang sering mengalami sakit kepala akibat migrain, teknik mengurut yang ditunjukkan lelaki ini pasti boleh membantu melegakan anda.

Ehh jap jap, anda tahukah apa itu migrain?? Walaupun sebutannya seakan-akan bunyi marjerin lazat yang kita selalu sapu pada roti setiap pagi sebelum pergi kerja, tapi hakikatnya sesiapa yang mengalaminya memang azab yang amat sangat terutamanya pada bahagian belakang tengkuk.

Ok dalam video ini anda mungkin tidak faham apa yang dituturkannya dalam bahasa Thai (termasuklah saya yang sedang menulis artikel ini, hehe). Tetapi apa yang lebih penting adalah teknik yang ditunjukkan amat jelas dan mudah diikuti.







Selamat menonton video di bawah ya.



5 Penyebab Utama Migrain Yang Mungkin Kita Tidak Sedari

Ada pelbagai faktor yang boleh mencetuskan masalah migrain seperti dalam senarai di bawah ini. Tetapi yang paling popular dan biasa kita dengar adalah faktor #3.

  1. Makanan - Elakkan atau jangan ambil terus makanan atau minuman beralkohol, berkafein (teh dan kopi) serta makanan yang mengandungi tyramine (yogurt, keju dan kacang).
  2. Persekitaran - Elakkan berada di kawasan yang banyak asap rokok, melihat cahaya yang sangat terang seperti skrin televisyen atau lampu lampu berkelipan. Juga elakkan berada di kawasan yang amat bising dan berbau yang sangat kuat. 
  3. Psikologi - Kemurungan, rasa cemas, tekanan melampau serta keletihan boleh mencetuskan migrain. Jadi amat penting untuk kita menguruskan emosi sebaik mungkin.
  4. Ubat Ubatan - Pengambilan ubat ubatan atau rawatan seperti rawatan hormon, ubat tidur dan pil perancang juga boleh mencetuskan migrain.
  5. Lain lain Faktor seperti haid yang tidak teratur, menopous (putus haid) serta perubahan waktu tidur yang tidak dapat dielakkan juga antara pencetus migrain

Kesan Yang Amat Menakutkan Akibat Migrain Yang Melampau

Bercakap mengenai kesan akibat migrain yang tidak ditangani ini, sebenarnya saya pun naik takut nak menaipnya kat sini.
Mengikut kajian oleh Dr Messoud Ashina dari Universiti Copenhagen yang mengkaji mengenai migrain, migrain yang tidak ditangani boleh menyebabkan kerosakan otak secara kekal.
Menurut beliau lagi, migrain yang teruk boleh menyebabkan risiko luka pada otak.
Kalau luka kat jari masa nak kupas bawang boleh tahan lagi... boleh tampal handyplast, ini luka kat otak wooo ... mana boleh tampal2 dan sangat-sangat merbahaya.

Bagaimana Cara Mengatasi Migrain?

Kebiasaan orang yang mengalami masalah migrain ini menggunakan jalan cepat dengan cara mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol.
Ya, memang diperakaui memang ia adalah cara yang boleh menghilangkan sakit migrain tapi yang tak bagusnya adalah ia cuma menghilangkan kesakitan sahaja bukannya menghilangkan terus penyakit itu terus daripada tubuh badan kita.
Dan ....satu lagi yang tak bagusnya adalah penggunaan ubat tahan sakit paracetamol ini secara berterusan boleh merosakkan buah pinggang.

Mahukah anda meletakkan risiko kerosakan buah pinggang semata-mata untuk menghilangkan kesakitan akibat migrain untuk tempoh yang sementara?
 http://www.ezlaila.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...