Padahal, dalam
pertandingan yang diadakan di Freedom Hall State Fairground, Louisville,
Kentucky, Williams tidak lah kuat. Sementara itu, banyak pihak yang
mengunggulkan si 'Leher Beton'. Namun, kenyataan yang terjadi
sebaliknya. Tyson, yang sempat mendominasi pembukaan dua pusingan dalam
pertandingan comeback-nya ke dunia tinju, secara mengejutkan berjaya
dikalahkan di pusingan ke-4.
Tidak banyak orang ramai
yang mengetahui bahawa Williams adalah seorang Muslim, seperti halnya
Tyson. Sebelum memeluk Islam, Williams adalah seorang penganut Kristian
yang taat. Minat peninju asal Inggeris ini terhadap Islam bermula
apabila ia tengah menjalani bercuti di Turki tahun 2000. Saat berada di
Turki ini, Williams mendengar suara azan. "Aku merinding ketika
mendengar suara azan tersebut," ujarnya kepada pejabat berita BBC.
William mengakui bahawa
cabaran paling sukar baginya adalah saat harus bertanding pada bulan
Ramadhan. Kerana tinju dikenali sebagai salah satu cabang sukan yang
syarat dengan kekerasan fizikal, seperti memukul orang. Padahal, ungkap
Williams, para pemeluknya dilarang melakukan hal tersebut lebih-lebih
lagi ketika bulan Ramadhan. Hal itu diakuinya kerap menimbulkan
pertentangan di dalam batinnya.
Pengalaman bertanding
saat bulan Ramadhan pernah ia alami di tahun 2006 lalu. Kala itu
Williams dijadualkan akan bertanding melawan Matt Skelton pada Julai
2006.
Dalam perang tanding
tersebut, Williams mengalami kekalahan pada pusingan ke-3 dan kecederaan
serius pada bahagian hidungnya. Namun, diakui Williams, dirinya tidak
pernah menyesali kekalahan tersebut. Baginya, mampu menjalankan ibadah
puasa dengan baik dan sempurna jauh lebih penting daripada kemenangan
semasa bertinju.
Williams menambah, dalam
bulan puasa, Allah melarang umatnya untuk mencaci, memukul, dan lain
sebagainya kerana hal itu boleh menjejaskan pahala puasa. "Sebagai
Muslim yang baik, tentunya di saat Ramadhan harus melakukan hal-hal yang
baik. Tidak ada memukul, berdebat dengan orang, intinya anda harus
dalam keadaan bersih dari perbuatan tercela seboleh mungkin, "ungkap
Williams, layaknya seorang pendakwah.
"Aku menyedari betul
bahawa pada satu titik aku harus memutuskan apakah akan tetap
menjalankan profesi sebagai peninju yang kerap bertentangan dengan
ajaran Islam atau harus keluar dari sukan ini."
Walaupun sukar, pada
pertengahan tahun ini, Williams membuat keputusan untuk berhenti dari
dunia tinju yang sudah diceburinya selama 15 tahun lebih. Pertarungan
melawan Derek Chisora pada 15 Mei 2010 seakan menjadi duel terakhir
yang dilakoni Williams di dunia yang telah membesarkan namanya.
Sebelum pertandingan,
kepada akhbar Williams mendedahkan bahawa pertarungannya dengan Chisora
kemungkinan akan menjadi prestasi beliau yang terakhir di atas ring,
baik hasilnya ia menang mahupun kalah.
Dalam pertandingan
tersebut, Chisora berjaya memukul KO Williams pada pusingan kedua dan
Chisora keluar sebagai juara. Williams pun memutuskan untuk tidak
meneruskan aktivitinya dalam bertinju dan fokus mengabdikan dirinya
untuk beribadah kepada Allah.
*Sumber dari www.islampos.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan