jodoh pilihan keluarga 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Isu ini tak pernah reda dari dipersoalkan. Ada yang setuju dan ada juga yang membantah dengan keras. Apa yang ingin Kasih Suci bentangkan hari ini ada pro dan kontranya tajuk ini mengikut penilaian pendapat Kasih Suci sendiri. Ops jika ditanya diri Kasih Suci pastinya Kasih Suci rela bernikah dengan insan yang Kasih Suci pilih sendiri.





Mengapakah pilihan keluarga merupakan pilihan yang terbaik mengikut kajian ramai pihak?

1.Biasanya pilihan keluarga adalah dari kalangan sahabat dan saudara mara yang ibu ayah kita kenali. Mereka telah mengetahui asal usul, agama dan perangai bakal calon kita dan keluarganya. Ibu dan ayah tidak mungkin sesekali akan menjodohkan kita dengan keluarga yang tidak baik asal usul keturunan dan pastinya mereka mencarikan kita jodoh yang baik agamanya.

2.Jodoh yang ditentukan oleh orang tua pastinya mendapat restu sepanjang hayat

3.Hubungan yang sedia terjalin antara kita dan pasangan pasti akan lebih erat lagi selepas berkahwin.

4.Kemesraan mudah terjalin jika jodoh datang dari keluarga. Pastinya ibu bapa akan lebih mesra dengan mertua kita dan kita juga pasti mudah menyesuaikan diri bersama ipar duai berbanding langsung tidak mengenali mereka tentunya kita akan rasa janggal duduk dalam kelompok orang asing.

Mengapa Jodoh pilihan sendiri lebih baik?

1.Jika jodoh kita adalah dari pilihan kita sendiri pastinya kita lebih mengenali hati budi pasangan. Mudah untuk kita menyesuaikan diri apabila bernikah kelak kerana telah tau perangai dan apa saja yang dia suka atau tidak. Lebih serasi dan mudah mesra.

2.Dapat memanjangkan silaturrahim antara dua keluarga. Jika saling tidak kenal antara dua keluarga inilah masanya untuk berkenal-kenalan dan berukhwah antara satu sama lain. Memanjangkan silaturrahim adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

3.Setia keakhir hayat dapat kita tunjukkan kepada keluarga walau kita tidak mengenali keluarga pasangan sebelum berkahwin. Ini mmebuktikan bahawa cinta setia mampu kekal bahagia selamanya.

Tiap pilihan ada pro dan kontranya. Apa pun walau kita berkahwin dengan pilihan hati sebaik mungkin dapatkanlah restu dari ibu ayah bagi erti kebahagiaan kepada kita dalam melayari kebahagiaan dalam berumah tangga. Andai menerima pilihan keluarga pula berlapang dadalah menerima pasangan yang mungkin langsung kita tidak kenali sebelum ini. Terimalah dia sebaik mungkin dan kenalilah dia dengan seikhlas hati. Bercinta selepas kahwin pasti ada indahnya. Mengenali dan menyintai dalam masa yang sama dengan cinta yang halal adalah suatu perkara yang sangat indah…insya Allah.
blogammar.com