Sempena meraikan Sukan Olimpik London yang bakal berlangsung pada 27 Julai 2012
ini, 15 profesional arca pasir seluruh dunia telah diberi mandat untuk
membina arca pasir gergasi berkaitan keadaan yang menggambarkan
persekitaran Kota London. Bertempat di Tottori, Jepun,
mereka membina arca-arca pasir tersebut di dalam sebuah muzium. Apa yang
menguntungkan, mereka tidak perlu risau akan halangan cuaca yang datang
melanda.
*[ Kalau muzium tu runtuh, ada halangan jugak kan ? (^_^) ]
Sebanayak 3,000 tan
jumlah pasir disediakan untuk artis-artis ini menyiapakan kerja mereka.
Antara ciptaan yang dibina ialah Palace of Winmister, Isaac Newton,
Queen Elizabeth 1, William Shakespeare dan adegan jalan hujan di London. Pameran tersebut dibuka pada 14 April 2012 dan akan berterusan sehingga Januari 2013 akan datang.
Sumber : Batel Reyadh/http://karyawanbisu.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan