Foto yang diambil
dari ruang legar terbuka udara ini cukup menarik perhatian Abang Bisu.
Sekaligus ia merangsang jemari AB untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang
amat terhad ini dengan kalian semua.
Apa yang mata
kalian pandang ini adalah satu jeti yang dihasilkan daripada lumpur,
garam, batu, tanah dan air. Terbentuknya ia hasil dari sentuhan seni
arkitek Amerika Syarikat, Robert Smithson pada tahun 1970. Spiral Jetty
ini terletak di Great Salt Lake berhampiran Rozel Point di Utah, AS.
Berukuran sepanjang 1,500 kaki (460m) dan selebar 15 kaki (4.6m),
gegelung seumpama tumbuhan batang resam ini hanya boleh dilihat apabila
air tasik Great Salt surut pada 4,197.8 kaki.
Tambah kapsyen |
Ketika
pembinaanya, negeri Utah mengalami kemarau teruk sehingga air tasik
Great Salt pun turut sama terjejas. Oleh sebab itu, mengambil kesempatan
di ruang yang ada, Mister Robert telah mengambil langkah positif untuk
membinanya sebagai hasil seni muka bumi. Selang beberapa tahun, air
tasik kembali normal dan ia telah menenggelamkan Spiral Jetty.
Selama hampir 3
dekad ia tidak kelihatan. Sehingga akhirnya, pada tahun 2004, air tasik
Great Salt kembali surut selama setahun. Pada masa itulah, ia mula
kembali famous a.k. a terkenal sehinggalah sekarang.
karyawan bisublogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan