Selasa, 2 April 2013

Kini Ku Tahu Kenapa 10 Anak Tak Boleh Jaga 1 IBU ...

 
ASSALAMUALAIKUM ...
" Ketika si anak dapat tawaran belajar di London dalam bidang kedoktoran , si ibu bersedekah pada penduduk kampung minta mendoakan keselamatan perjalanan anaknya ke sana . Apabila si anak balik dengan status doktor pakar , si ibu buat kenduri kesyukuran . Bila tiba jodoh si anak , dengan hati yang gembira si ibu mengkhabarkan seluruh kampung bahawa dia akan berbesan dengan seorang Datuk . Si anak hidup mewah , si ibu tumpang sama menikmatinya . Tiba masa , si ibu kian uzur . Si anak meletakkannya di rumah jagaan orang tua kerana keluarga si anak tidak lagi selesa dengan keadaannya . Maka si anak mengupah pembantu khas dari Filipina untuk menguruskan segalanya di rumah jagaan . Seminggu sekali si anak datang menziarah jika ada kelapangan . " Beginikah sisa hidupku berakhir ? " kata si ibu . Maka orang kampung berbisik - bisik ketika menunggu jenazah si ibu pulang ...

Kisah benar yang berlaku di kampung Vee .
Bukan nak mengaib , sekadar untuk direnungkan bersama ...

Sebenarnya , menjaga orang tua yang sakit , bukan sekadar mendapatkan rawatan itu saja . Kita perlu sentiasa ada bersama , memberikan kekuatan padanya . Mentarbiahkan padanya tentang konsep qada' dan qadar , tentang takdir yang Allah tuliskan , tentang sakit yang mengurangkan dosa , tentang malaikat yang meminta pada Allah agar mengampunkan dosa kita apabila kita sakit , tentang redha , tentang ujian Allah ... tentang segalanya .

Maka di sini , kesabaran anak - anak teruji . Kepada yang memiliki iman , kekuatan mental dan fizikal serta kasih sayang yang tinggi ... segalanya boleh diatasi ... demi IBU TERCINTA , demi SYURGA YANG MENANTI ... 

Jika sebaliknya , di rumah jagaanlah si ibu berada . Kerana bagi mereka , si ibu hanya menyusahkan untuk mereka mengejar dunia , untuk mereka menikmati dunia ... untuk mereka memiliki dunia .

Sedarlah duhai anak !
Tika kamu tua seperti mereka nanti , anak - anak kamu akan melakukan apa yang kamu lakukan pada si ibu . Kerana mereka melihat , kerana mereka memerhati , maka mereka juga akan mengikuti .

Dan bila saat itu tiba , tak guna kau sesali . Kerana sudah pasti hari itu tidak bisa diundur lagi . 
Maka sedarlah kamu ... itulah KIFARAH yang harus kau terima . Penyesalan sudah tidak berguna lagi .

Ya Allah , 
Kau hindarilah aku dari mengkasarinya
dari mengeluarkan kata - kata yang menghiris hatinya
membelakangkannya dengan tingkah laku
tidak meninggalkannya dalam doaku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
kerna dia ... IBUKU YANG SATU ...

tidak ku sesali walau tidurku sudah tidak teratur lagi
terima kasih ya robb ... 
kerana bangkitkan ku tika ibu terjaga di waktu malam sunyi 
hindarilah dia ya Allah ...
daripada tragedi yang tidak diingini ...


SEKADAR MUHASABAH DIRI AGAR SENTIASA MENGINSAFI ..
 http://veesandii.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...