Kemungkaran
terbesar yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini adalah penerapan
sistem dan peraturan kufur. Umat Islam juga dinafikan sebuah Negara
Khilafah Islamiah yang boleh menerapkan keseluruhan sistem Islam.
Menubuhkan Negara Islam adalah amal makruf yang paling besar. Dengan
penubuhan sebuah Negara Khilafah, semua urusan umat Islam dapat
dilakukan mengikut peraturan Islam di mana akhirnya dapat melahirkan
sebuah masyarakat Islamiah. Hanya Negara Khilafahlah yang dapat
melindungi Islam dan menyebarkan dakwah Islam keseluruh dunia.
Kewajipan mendirikan Negara Islam
Natijah dari
ketiadaan Khilafah menjadikan kita terpaksa hidup dalam masyarakat yang
menerapkan undang-undang ciptaan manusia dan meninggalkan
peraturan-peraturan yang diturunkan oleh ALLAH Subhanahu
Wa Taala. Islam hanya dilaksanakan untuk urusan peribadi sahaja, malah,
semakin hari menjadi semakin berkurangan. Kita juga menyaksikan
pemerintah yang juga agen-agen kufur, merobek-robek Agama ALLAH dan membuat pelbagai interpretasi yang berpihak kepada mereka. Mereka lebih takut kepada musuh-musuh ALLAH ini, berbandingkan takut kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala. Mereka dibiarkan menguasai urusan –urusan umat dan merompak hasil-hasil bumi umat Islam.
Ketiadaan Khilafah
juga mengakibatkan musuh-musuh Islam ini menghina kepercayaan suci umat
Islam tanpa mendapat sebarang reaksi balas dari mana-mana negara. Mereka
berterusan memfitnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wa Sallam,
memperlekehkan al-Quran, mempersendakan pakaian Muslimah, melarang
pembinaan kubah di masjid-masjid, dan mereka juga mereka-reka cara
penyembahan umat Islam sepertimana yang berlaku di Amerika di mana
seorang wanita mengetuai satu perhimpunan untuk solat berjemaah.
Khilafah itu ibarat perisai bagi mempertahankan seluruh umat Muslim dari
pihak kufur. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda,
“Dan sesungguhnya Imam itu perisai dibelakang orang –orang yang berperang dan dia melindungi mereka.” [HR Muslim]
Kini, Islam telah menjadi sepertimana yang pernah diterangkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam di dalam hadisnya,
“Simpulan Islam itu
akan terlerai satu persatu dan umat Islam akan berpautan dari seorang
keseorang yang lain, simpulan yang pertama terlerai ialah pemerintahan
dan yang terakhir ialah solat” [Riwayat Ahmad]
Oleh itu, simpulan
pertama pemerintahan Islam terlerai apabila Britain menghancurkan
Khilafah melalui agennya Mustafa Kamal Attartuk dan selepas itu
hukum-hukum Islam terlerai satu demi satu. Akhirnya, tiada lagi
pemerintahan Islam dalam masyarakat sepertimana yang telah ditentukan
oleh Islam.
Oleh itu adalah
satu kewajipan bagi setiap umat Islam, lelaki dan perempuan untuk
berusaha mengembalikan Negara Khilafah Islamiah, yang akan memastikan
kekuasaan Islam dan menghancurkan dominasi kufur.
Kewajiban untuk memerintah dengan Islam
ALLAH
Subhanahu Wa Taala telah mewajibkan umat Islam diperintah oleh Islam
dan tidak sekali-kali diperintah oleh undang-undang yang lain daripada
Islam. ALLAH Subhanahu Wa Taala berfirman;
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan ALLAH
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah
kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari
sebahagian apa yang telah diturunkan ALLAHkepadamu.” [TMQ Al Maidah (5):49]
Dan ALLAH Subhanahu Wa Taala berfirman lagi;
“..Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan ALLAH maka mereka itu adalah orang—orang yang fasik.” [TMQ Al Maidah (5):47]
Perintah untuk
berhukum dengan Islam adalah perintah untuk membina Negara Khilafah
kerana hanya dengan pemerintahan Negara Khilafah, hukum-hukum Islam
dapat dilaksanakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallampernah
bersabda;
“Para nabi telah
memerintah Bani Isreal, apabila seorang Nabi meninggal dunia, seorang
nabi yang lain akan menggantikannya, tetapi tidak akan ada lagi Nabi
selepas aku. Kemudian akan ada ramai Khulafa’. Mereka bertanya: Apakah
yang kamu perintahkan kepada kami? Beliau menjawab: Berikanlah bai’at
kepada mereka seorang lepas seorang.”
Berdasarkan kepada hadis ini, para Ulama terdahulu memahami status Khilafah di dalam Islam.
Al-Juzairi berkata, “Imam-imam (dari ke empat -emapat mahzab) – semoga ALLAH merahmati
mereka- bersetuju bahawa Khilafah adalah satu kewajipan dan umat Islam
harus melantik seorang pemimpin yang akan melaksanakan peraturan –
peraturan agama dan menuntut keadilan keatas pemerintah yang menindas.
Mempunyai dua pemimpin adalah haram bagi umat Islam”.
Di dalam Tafsir
Al-Qurtubi 264/1, dinyatakan bahawa, “Sesungguhnya manusia telah
dijadikan sebagai Khalifah di muka bumi ini. Ayat ini merujuk kepada
pemilihan seorang Imam atau Khalifah di mana dia perlu didengar dan
dipatuhi, supaya dunia ini bersatu di bawah pimpinannya dan hukum-hukum
dilaksanakan tanpa membezakan kewajipan di antara umat dan pemerintah…”
Al-Qurtubi juga berkata bahawa, “Khilafah adalah umpama tiang yang menyokong tiang-tiang yang lain.”
Di dalam Sahih Muslim (mukasurat 205, jilid 12),
An-Nawawi berkata,“(Para ulama) bersependapat bahawa ia adalah satu
kewajipan keatas umat Islam untuk melantik seorang Khalifah.”
Ibn Hazam
menyatakan di dalam “Fasal min al – Nihal 87/4” bahawa, “Kesemua
ahlu-sunnah bersetuju melantik Imam (Khilafah) adalah fardhu ke atas
umat Islam. Ia adalah satu kewajipan ke atas mereka untuk taat di bawah
kekuasaan Khalifah dalam melaksanaan peraturan –peraturan Allah dan
memimpin mereka mengikut peraturan –peraturan Syariah.”
Di dalam “al-Farak
bayn al-Firak” Baghdadi berkata, “Imam (Khilafah) adalah fardhu ke atas
umat supaya seorang Imam itu dilantik untuk menerapkan Syariah dan
dipatuhi.”
Al-Mawardi menerangkan dalam “Ahkam al-Sultaniyyah” bahawa, “Pelantikan Khilafah adalah satu kewajipan.”
Ibnu Taymiyyah
menerangkan dalam “Siyaasah Shariyyah” bahawa, “Ia adalah satu kewajipan
untuk mengetahui bahawa jawatan Khilafah ialah salah satu daripada
kewajipan dalam Agama. Sesungguhnya, tidak akan ada kekuatan Agama
kecuali dengannya…ini adalah pendapat yang dipersetujui oleh ulama salaf
seperti al-Fadl ibn ‘Iyaad, Ahmed ibn Hanbal dan lain-lain”.
Cara untuk mengembalikan semula Daulah Islamiah
Setelah mengetahui
dengan jelas bahawa mendirikan Daulah Islamiyah adalah satu kewajipan,
kita harus merujuk pula kepada Syariah untuk melaksanakannya. ALLAH Subhanahu
Wa Taala telah memerintahkan kita berusaha untuk mendirikan Daulah
Islamiyah dengan memberikan satu metodologi yang jelas seperti berikut:
Menubuhkan parti politik
ALLAH Subhanahu
Wa Taala telah memerintahkan supaya menubuhkan satu kumpulan dikalangan
umat Islam dalam melaksanakan dakwah dan melakukan amar makruf nahi
mungkar. ALLAH Subhanahu Wa Taala berfirman,
“Dan hendaklah ada
diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh
kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah
orang-orang yang beruntung”. [TMQ Ali’ Imran (3):104]
Ayat ini menegaskan
kewajipan untuk menubuhkan satu kumpulan atau parti dan menjelaskan
peranan kumpulan tersebut. Perkataan “ummah” di dalam ayat ini merujuk
kepada kumpulan atau kelompok atau jemaah atau parti.
Di dalam buku “Ahkamul – Quran”, Abu Bakar b. Al-Arbi menerangkan bahawa “Ummah bermaksud kelompok”.
Imam Al-Tabri
menerangkan di dalam bukunya “Jamaa Al-Bian” bahawa ayat ini bermaksud,
hendaklah ada “sekelompok” di antara kamu yang menyeru manusia kepada
Islam dan kebenarannya.”
Garis kasar tentang
fungsi parti juga telah diterangkan dalam ayat ini,iaitu menyeru
kebaikan memberi maksud bahawa tugas semua umat Islam adalah mengerjakan
amal makruf nahi mungkar dan harus dilaksanakan.
“Al-Khair” merujuk kepada keseluruhan Islam,
berdakwah untuk pelaksanaan keseluruhan Islam dan bukan sebahagian –
sebahagian. Ini semua hanya dapat dilakukan melalui Daulah Islamiyah
dan ketika ketiadaan Khilafah, ia adalah satu seruan untuk mendirikan
Daulah yang menerapkan semua hukum-hukum Islam. Ada hukum Islam yang
dilaksanakan secara individu seperti solat dan puasa, tetapi banyak lagi
hukum yang tidak dapat dilaksanakan secara individu seperti hudud,
jihad untuk menyebarkan Islam dan memenuhi segala keperluan seluruh
masyarakat sepertimana yang terdapat dalam ayat diatas. Oleh yang
demikian, dakwah harus dilakukan untuk mengembalikan Daulah Islam kerana
perintah yang terdapat dalam ayat tersebut hanya dapat dipenuhi melalui
keberadaan Daulah Islamiyah.
Ayat tersebut
secara amnya merujuk kepada fungsi parti yang menyeru kemakrufan dan
mencegah kemungkaran termasuk keatas pemerintah yang merupakan satu
perkara yang lebih penting dari memuhasabah pemerintah. Sebaliknya, jika
Daulah telah berdiri, maka kelompok ini akan memuhasabah pemerintah
diatas sebarang kecuaian urusan umat dan kesalahan penerapan hukum
Islam. Semasa ketiadaan Daulah, kelompok ini akan mempersoalkan alasan
mengapa pemerintah tidak menerapkan Islam atau berusaha untuk mendirikan
Daulah Islamiah.
Seruan kepada
penerapan Islam secara menyeluruh dan menyeru pemerintah supaya bersatu
teguh kearah amar makruf nahi mungkar adalah satu kerja politik. Ini
dikatakan berpolitik kerana muhasabah pemerintah adalah satu kerja
politik. Ini dikatakan berpolitik kerana memuhasabah pemerintah adalah
satu aksi politik. Oleh yang demikian, ayat ini menyeru kepada penubuhan
kumpulan-kumpulan politik yang berasaskan Islam, yang menyeru umat
kearah penerapan Islam secara keseluruhan, memuhasabah pemerintah dan
mendirikan Addin. Tuntutan ayat ini tidak dapat dipenuhi jika
kumpulan-kumpulan ini hanya bekerja untuk memperbaiki individu-individu
dan menjauhi politik.
Berpolitik dalam
Islam bererti mengurus urusan umat dan menjaga kepentingan mereka
mengikut Islam. Ini bertentangan dengan konsep politik yang sering
dikatakan kotor serta perlu menipu dan berbohong. Berlainan dengan
maksud politik dalam Islam.
Oleh yang demikian,
penubuhan parti-parti politik berasaskan kepada wahyu dan undang-undang
Islam adalah satu kewajipan keatas semua umat dan lebih dari satu parti
dibenarkan selagi ianya berasaskan Islam.
Tugas berpolitik
ini wajib ke atas lelaki mahupun perempuan. Mereka menyertai parti
untuk menjalankan kewajipan dan bekerja bersama-sama parti mengikut
sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam untuk menggubah masyarakat
dari Darul Kufur kepada Darul Islam melalui penubuhan Daulah Khilafah
Islamiyah.
Kumpulan ini akan
mempelajari Sirah dan perbuatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam
dijadikan asas perjuangan untuk mencapai matlamatnya. ALLAH Subhanahu
Wa Taala telah menjadikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam ikutan
terbaik dan ia adalah fardhu bagi kita untuk mengikutnya. Seperti mana
firman ALLAH Subhanahu Wa Taala didalam al-Quran;
“Sesungguhnya telah ada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH . [TMQ Al Ahzab (33):21]
ALLAH Subhanahu Wa Taala juga telah berfirman;
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah“. [TMQ Al Hasyr (59) :7]
Metodologi Parti
Pada hari, umat
Islam berada di dalam situasi yang sama sepertimana yang dialami oleh
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam ketika di Mekah dimana
undang-undang kufur dilaksanakan sebelum Daulah Islamiyah didirikan di
Madinah. Oleh itu, di dalam usaha untuk mendirikan Daulah Islamiyah,
parti perlu mengikut contoh yang terdapat dalam sirah.
Ketika meneliti
masa di Mekah sehingga penubuhan Daulah Islamiyah di Madinah, Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wa Sallam melalui beberapa tahap yang khusus dan
jelas seperti berikut:
Tahap Pembinaan (Tatsqif)
Tahap ini
berlangsung selama tiga tahun seperti yang diperintahkan dalam ayat 1 – 3
dari Surah Al Muddatsir. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah
menyebarkan Islam kepada orang ramai dan berjaya membina keimanan kepada
orang-orang yang menerima Islam. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa
Sallam membina parti politiknya dari kalangan orang-orang yang telah
menerima Islam. Mereka dikenali sebagai sahabat (ra), iaitu pengikut
RasulullahSallallahu Alaihi Wa Sallam yang dibimbing dan dibentuk dengan
pemikiran Islam.
Tahap berinteraksi dengan umat (Al-Tafa’ul ma al Ummah)
Tahap ini bermula
sebagai respons kepada ayat 94, Surah al-Hijr dimana Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wa Sallam dan para sahabat mula berdakwah secara
terbuka kepada masyarakat sepertimana yang dilakukannya kepada
individu-individu tertentu. Beliau memperkenalkan kumpulannya kepada
masyarakat Mekah dengan menghimpunkan para sahabat dalam dua barisan
yang bertawaf mengelilingi Kaabah dan diketuai oleh Umar Radhiallahu
Anhu dan HamzahRadhiallahu Anhu.
Ketika ini
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersemuka dengan dengan
masyarakat Quraish mengenai sembahan-sembahan, kepercayaan-kepercayaan
dan pemikiran mereka. Beliau sentiasa mendapat wahyu dari ayat-ayat
al-Quran yang berkaitan dengan isu-isu ini. Kumpulan ini mengutuk
perbuatan masyarakat Quraish yang mengambil riba, menanam anak-anak
perempuan hidup-hidup, menipu sukatan dan berzina. Selain dari itu,
ketika ini banyak ayat-ayat al-Quran diturunkan, menempelak
pemimpin-pemimpin Quraish dan membongkar konspirasi mereka menentang
dakwah beliau dan sahabat-sahabatnya
Pada tahap ini
jugalah, Rasulullah meminta pertolongan (nusrah) dengan mendatangi
kabilah-kabilah meminta bantuan fizikal dan material dalam usaha
mendirikan Daulah Islamiyah.
Tahap terakhir – pengambil-alihan kekuasaan (Istimal Hukmi)
Setelah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam menerima nusrah dari kabilah Aus
dan Khazraj, di Madinah, maka terbinalah Daulah Islamiyah di sana di
mana baginda sendiri yang menjadi pemimpinnya.
Hizb-ut-tahrir mengikut metodologi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dalam berdakwah
Hizb-ut-Tahrir
benar-benar mengikut metodologi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam
dalam usaha mendirikan Negara Khilafah. Sepertimana yang pernah
dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dalam menentang
amalan-amalan korup masyarakat Mekah, Hizbut Tahrir berjuang secara
intelektual menentang amalan-amalan korup masyarakat dengan mendedahkan
penyimpangan, pendustaan dan percanggahan masyarakat dari Islam. Oleh
yang demikian, Hizbut Tahrir (1) dengan
tegas menyerang demokrasi, patriotisme, nasionalisme, pemikiran ekonomi
Kapitalis dan dalam perjuangan ini, Hizbut Tahrir tidak berkompromi
dengan sebarang korupsi, malah mencabar semuanya yang bertentangan
dengan pemikiran Islam.
Sebagaimana yang
dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang mendedahkan
keburukan pemimpin-pemimpin Quraish, Hizbut Tahrir juga berpolitik untuk
berjuang menentang sistem pemerintahan kuffar Barat yang dipaksakan
keatas umat Islam. Hizbut Tahrir mencabar pemerintah-pemerintah agen
kuffar ini dengan mendedahkan pengkhianatan dan persekongkolan mereka
dengan kuasa –kuasa penjajah, memuhasabah pengabaian mereka keatas umat
serta penyimpangan mereka dari pemerintahan Islam , adalah sebahagian
dari perjuangan politik Hizbut Tahrir.
Kesemua perbuatan
ini bertujuan untuk membebaskan umat dari konsep-konsep korup dan
pemikiran-pemikiran kufur serta mendedahkan pemerintah-pemerintah serta
penjajah-penjajah yang mendokong di belakang pemikiran tajaan Barat
ini.. Perasaan dan emosi orang ramai kemudiannya akan dibina berasaskan
pemikiran dan peraturan Islam yang akan menjadi satu kebiasaan di mana
pendapat umum dibentuk dalam masyarakat untuk menggalakkan orang ramai
bertindak mengikut sepertimana yang diterapkan oleh Islam dan Hizb akan
mengetuai umat dalam penerapan Islam.
Islam tidak akan
dapat diterapkan dengan hanya merubah pemikiran–pemikiran dan emosi
sahaja, sebaliknya seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wa Sallam,adalah satu keperluan untuk mendapatkan
sokongan material (nusrah) dari orang-orang yang memegang tampuk
kekuasaan untuk menjadikan Islam sebagai satu kekuasaan. Hizb menyeru
masyarakat dan orang –orang yang memegang kekuasaan untuk memainkan
peranan mereka dalam menyingkirkan pemerintah-pemerintah boneka agen
Barat dan memberikan nusrah kepada Hizbut-Tahrir untuk mendirikan
kembali Daulah Islam.
Alhamdulillah,
dalam situasi hari ini, seruan untuk mendirikan Khilafah telah tersebar
di seluruh dunia Islam dan keinginan umat Islam untuk menerapkan Islam
semakin melonjak-lonjak. Hizb-ut-Tahrir bergantung harap kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala dalam perjuangan dengan penuh keazaman, komitmen dan keikhlasan. Hanya ALLAH Subhanahu
Wa Taala sahaja yang dapat mengurniakan kemenangan, maruah dan nusrah
kepada umat dan Hizb apabila dikehendaki-Nya. InsyaAllah, hari dan
detik tersebut akan tiba dan semua akan bergembira dengan pertolongan ALLAH.
Disini juga perlu
dijelaskan bahawa hukum Syariah melarang perjuangan secara fizikal
(kekerasan) menentang pemerintah-pemerintah dalam mendirikan Daulah
Islamiyah, mahupun menyertai sistem politik semasa yang korup, tanpa
mengira demokrasi ataupun tidak. Sesungguhnya Hizbut Tahrir tidak
memperjuangkan kedua-duanya.
http://theunutterablebeautyofphrases.wordpress.com
(1) Hizbut Tahrir (bahasa Arab: حزب التحرير, maksud Parti Pembebasan) adalah sebuah parti politik antarabangsa yang
berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan. Hizbut Tahrir merupakan jemaah politik, bukan jemaah kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kemasyarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kelangsungan kelompoknya.
Nusrah = pertolongan
Daulah Islamiah = sebuah negara di mana syiar Islam benar-benar mempunyai kekuatan hukum di dalamnya.Tidak disempitkan dengan batasan kedudukan,kaum,keturunan atau warna kulit. Ini kerana di dalam Islam tidak wujud apa yang dinamakan Sekularisme,iaitu pemisah antara urusan keagamaan dan keduniaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan