Sabtu, 13 April 2013

Perkara Lawak Tentang Kentut

Sesuatu yang lawak tentang kentut, yang korang patut ambik tahu supaya tahu kentut tuh lawak dan sungguh menggeli hati jadi untuk itu sila baca di bawah ini untuk maklumat lebih lanjut...

1) Budak kecik anggap kentut adalah perkara yang lawak, tak caya kentut kat bebudak mesti diorang kan main suka gelak... bagai tak hingat.

2) Terdapat variasi bunyi kentut, ada yang berbunyi panjang meleret-leret, pendek tersemput-semput, bergegar seisi alam dan sebagainya.


3) Kebanyakkan orang akan merasa lega dan puas hati selepas kentut tapi mampuih le nak ngaku. Kena pulak kalau orang perasan.

4) Kalau awek terkentut, korang akan pura-pura buat tak tau dan kalau tau pun masih anggap tak kisah walaupun korang rasa lawak... gelak dalam hati je lah.

5) Kalau orang tua pulak terkentut, pun korang akan buat-buat bodoh tak heran. Kurang hajo le nak gelakkan depan-depan, ye tak? Takkan benda ni pun nak bagi tahu.

6) Kalau budak kecik gelakkan orang tua yang terkentut, tuh cerita lain... nama lagi budak-budak dan pada budak kecik ni, kentut adalah cool. (rujuk nombor 1).

7) Kentut berfungsi sebagai signal untuk bagi tahu yang korang mengalami tanda-tanda untuk yuk-yuk. Kiranya takdaklah korang terukk-ukk tanpa sedar.

8) Kentut menunjukkan korang masih hidup, dan nikmatilah kentut dengan kata lain... "kentut mesti terus, barulah ceria kehidupan."

Kentut sebenarnya bukan satu perkara lawak tapi sesetengah orang menganggap ianya lawak disebabkan bunyi vibrator yang rancak serta gempak malahan pulak syok didengari. Jadi, orang yang mengutuk itu kadang-kadang bergurau. Oleh itu, terjadilah perkara lawak disitu...
 http://shakroil.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...