Dunia baru walkman
Sony F886

Baru-baru ini Sony mengumumkan penerus peneraju Walkman F800 terbarunya iaitu Walkman F886. Hadir dengan pelbagai peningkatan teknologi yang didatangkan dengan skrin Triluminos 4 inci FWVGA, penyimpanan dalaman 32GB dan Bluetooth.

Selain itu, produk ini terus bersambung ke beberapa pembesar suara, fon kepala dan produk audio lain keluaran Sony dengan hanya sekali tekan melalui sambungan NFC. 
 

Walkman Android 4.1 Jelly Bean ini juga dilengkapi amplifier digital S-Master HX yang dapat mengurangkan gangguan audio dan kebisingan di semua frekuensi serta mampu meningkatkan High-Resolution Audio yang ada. Mula dipasarkan sekitar Oktober nanti. 
berita harian