Sabtu, 14 September 2013

Gambar Dan Spesifikasi iPhone Terbaru iPhone 5S Dan iPhone 5C


iphone 5c dan 5s 
Apple telah  melancarkan dua iPhone baru pada Selasa, dan mensasarkan salah satu model iPhone tersebut kepada golongan pengguna telefon pintar yang gemar berjimat cermat.

iphone 5s

“Perniagaan (iPhone) telah berkembang dengan pesat sekali dan ini menyebabkan kami menggantikan iPhone 5 dengan dua reka bentuk baru," kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook di ibu pejabat syarikat itu di Cupertino.

iphone 5c

Apple akan mula mengambil tempahan pada hari Jumaat, dan kedua-dua telefon pintar itu akan mula dijual pada 20 September di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura.


Perbandingan iPhone 5C, 5S Dan Android
iphone 5c dan 5s

iPhone 5C direka bentuk oleh Apple untuk bersaing dengan telefon pintar kos rendah dari pesaing.

Pereka Apple Jony Ivy berkata walaupun harga  iPhone 5C adalah rendah, polikarbonat dengan bingkai kelulinya ‘cantik’.

iPhone 5C akan dijual dengan harga serendah $99 (RM324) dengan kontrak untuk pembeli Amerika Syarikat, iaitu hanya separuh daripada harga model iPhone yang sebelumnya.

Timbalan Presiden Apple Phil Schiller berkata iPhone 5S pula akan dijual dengan harga bermula $199 (RM652) dengan kontrak untuk pembeli Amerika Syarikat.
 http://rossacalla.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...