Isnin, 30 September 2013

Sebatang Pokok Dengan 250 Jenis Epal


Pokok Epal 
Bayangkan sebatang pokok epal, mampu menghasilkan 250 jenis buah epal jenis berbeza? Mungkin pada fikiran anda ia mustahil untuk dihasilkan tetapi Paul Barnett berjaya melakukannya.

Beliau telah mengahwinkan pokok epal berkenaan dengan pokok epal lain dengan mencantumkan tunas baru di atas dahan pokok epal miliknya.

Pokok itu kini sudah membesar dan ada diantara dahannya terpaksa disokong menggunakan kayu kerana sudah terlalu berat dek buah epal.



“Saya pada mulanya bekerja di sebuah pusat penjagaan pokok epal dengan kawasan tanaman epal yang luas dengan 90 jenis variasi buah epal dalam satu barisan pokok,” katanya.

Barnett berusia 40 tahun berasal dari Chidham, West Sussex, United Kingdom.

Beliau berkata, beliau mahu menanam pokok-pokok epalnya sendiri tetapi tidak mempunyai kawasan luas untuk menempatkan kesemuanya.

“Saya mula menanam pokok ini yang digelar ‘family tree’ dengan mengahwinkan atau mencantumnya satu persatu jenis epal yang berbeza,” katanya.

magicappletree17
Antara epal yang terdapat di pokok Barnett ialah jenis yang jarang ditemui iaitu epal untuk masakan jenis Withington Fillbasket yang berasal sejak tahun 1883 dan jenis Eady’s Magnum berasal pada tahun 1908.

Bagi Barnett, epal kegemarannya ialah jenis Winter Gem kerana rasanya lazat, rangup dan manis.
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...