Sabtu, 21 September 2013

Fouziah Gous, Zhafran Selamat Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

SHAH ALAM: Pelakon Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof, 30, dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sin
Ikatan pertunangan selama tiga bulan antara pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30, dan Md Zhafran Md Yusof akhirnya hubungan pasangan dua sejoli ini termetrai sebagai suami isteri yang sah apabila Fouziah selamat bergelar suri hati ahli perniagaan dan perunding keewangan ini, dengan hanya sekali lafaz sekitar jam 9.45 malam, tadi.
Akad nikah disempurnakan oleh Pegawai Takbir Agama Daerah Petaling, Ustaz mohd Sujak Hj. Mohd Dasuki. Dan berwakil walikan abang pengantin perempuan, Abdul Wahab Mohd Gous dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam. 


Zhafran (Zhaf), 30, memberikan mas kahwin sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran RM50,000. Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. 
Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kacamata, manisan dan coklat.
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula berupa sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kacamata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wagian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.
Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Zhaf menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Fouziah pula menyarungkan cincin kepada suaminya. 
fouziah gous
 
Majlis yang berlangsung serba ringkas tapi meriah ini bertemakan ala Pakistan, sentuhan oleh perunding perkahwinan Naz Great Idea. Menyaksikan pasangan mempelai mengenakan busana tradisional Pakistan berona putih.
Turut di hadiri seramai kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.
Majlis persandingan mereka yang juga bertemakan tradisi Pakistan akan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada 29 September di Hotel J.W Marriot, Putrajaya. Disusuli pula dengan majlis menyambut menantu bertemakan Songket Tradisional akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Fouziah dan Zhaf telah mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu dan majlis diadakan di restoran Asmara Pencahala, Sungai Penchala. 
Hubungan cinta mereka terjalin selepas sama-sama mengusahakan perniagaan sarang burung, sejak enam bulan lalu.
lroti kaya/http://www.malaysiandigest.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...