1. Mentol
Thomas
Edison tidak mempunyai bakat luar biasa. Beliau hanya memiliki imaginasi
dan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang memberi
manfaat kepada manusia. Ciptaan mentol lampunya mengambil masa yang lama
dengan perancangan yang teliti, mengulangi ujian dan eksperimen
berkali-kali tanpa jemu dengan kegagalan. Akhirnya beliau berjaya
menghasilkan mentol lampu yang berjaya menerangi alam ini melalui
teknologi ciptaannya. Di peringkat permulaan, pada tahun 1879,
mentol-mentol lampunya telah digunakan di bangunan yang menempatkan
makmalnya di sebuah jalan di New Jersey. Revolusi perindustrian dan
peningkatan permintaan pasaran lampu membuaatkan Thomas Edison menjadi
sangat terkenal di dunia hasil dengan hasil ciptaanya.
2. Kereta
Henry
Ford merupakan seorang pencipta dan usahawan berjaya di zamannya.
Sehingga kini kereta Ford masih gah di pasaran dan beliau merubah dunia
perindustrian kereta dan kilang pemasangannya bermula pada tahun 1908.
Rekaan kereta dan kaedah pengeluaran secara besar-besaran telah
menjadikan Amerika sebagai pengeluar kereta utama pada waktu itu.
3. Transistor
Dalam
kebanyakan rekaan, kita tidak dapat melupakan ciptaan transistor. Dunia
elektronik dan komputer mungkin tidak akan semaju sekarang sekiranya
transistor tidak dihasilkan. Melalui teknologi semikonduktor, peranti
elektronik transistor telah menghasilakn pelbagai produk elektrik dan
elektronik dan kalkulator sehinggalah komputer tercanggih pada masa
kini. Transistor 3 terminal ( source, drain & gate ) dicipta oleh 3
saintis iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen dan
melayakkan mereka menerima Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1956 atas
kejayaan mereka.
4. Satelit Komunikasi
Satelit
komunikasi pertama dunia dicipta oleh unit ketenteraan Amerika dan
dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 1958. Satelit tersebut telah
memancarkan suara Presiden Eisenhover dari bumi melalui satelit dan
kembali ke bumi untuk rakyat Amerika dengan kata-kata ” Through the marvels of scientific advance, my voice is coming to you from a satellite traveling in outer space”. Serentak
dengan itu, bermulalah misi saintifik kapal angkasa Apollo yang
dilancarkan untuk menghantar satelit mengorbit bumi dan ia menjadi salah
satu punca pendapatan utama Amerika dalam dunia telekomunikasi.
5. Imbasan Magnetic Resonan (MRI)
Jutaan
nyawa manusia dapat diselamatkan dengan terciptanya alat pengimbas
berasaskan Magnetik Resonan yang dapat mengimbas pesakit keseluruhan
badannya tanpa sedikit rasa sakit. Ciptaan menakjubkan ini direka oleh
saintis Amerika iaitu Raymond Damadian berdasarkan kajiannya tentang
Prinsip Magnetik Resonan Nuklear. Alat pengimbas MRI pertama digunakan
secara komersial pada tahun 1977.
6. Internet
Bermula
awal 1960-an, kajian dijalankan oleh pihak ketenteraan Amerika melalui
DARPA untuk menghasilkan ARPANET bagi kajian ketenteraan. ARPANET
menghubungkan UCLA, Stanford University, UC Santa Barbara dan Universiti
Utah pada awal kemunculannya. Kumpulan saintis yang merekacipta ARPANET
juga pertama kali menghantar mesej melalui komunikasi emel pada tahun
1971.
7. Teknologi Laser
Laser
tergolong dalam antara salah satu ciptaan paling praktikal dan berjaya
dalam abad ke-20 di Amerika dengan aplikasinya yang pelbagai dan potensi
bisnes teknologi yang diperolehi daripadanya. Albert Einstein mula
menerangkan sifat-sifat laser seawal tahun 1917 sehinggalah pada tahun
1960 sekumpulan saintis di Hughes Research Laboratories di California
melaporkan kajian mereka tentang keupayaan dan fenomena LASER. Hari ini
penggunaan laser digunakan meluas untuk mendengar CD atau menonton DVD,
melakukan pembedahan mata (LASIK), mengimbas barcode, sistem pencahayaan
di konsert-konsert muzik dan sudah tentu lampu-lampu laser yang terang.
8. Misi Menghantar Manusia ke Bulan
Di
bawah pentadbiran Eisenhover, Amerika berjaya mendaratkan manusia
pertamanya (Neil Armstrong) di bulan pada tahun 1969 melalui Projek yang
dijalankan oleh NASA melalui kapal angkasa Apollo. Di era Perang Dingin
dengan Kesatuan Soviet, Amerika cuba untuk bersaing melalui teknologi
bagi memenangi warga dunia tentang keupayaan mereka menentang komunis
dari segi teknologi.
9. Bom Atom
Bom atom pertama diuji di New Mexico pada tahun 1945 sebelum digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Ledakan
bom atom telah menamatkan Perang Dunia ke-dua. Bom atom direka melalui
projek rahsia yang dikenali sebagai Projek Manhattan yang menggabungkan
saintis-saintis ternama seluruh Amerika dan saintis-saintis dunia yang
berhijrah ke sana.
10. Kapal Terbang
Dua
Bersaudara Oliver dan Wilbur Wright dari Ohio merupakan orang yang
pertama menerbangkan pesawat pada tahun 1903. Kejayaan mereka telah
mendorong penerokaan dunia pesawat terbang yang telah memendekkan masa
perjalanan manusia dari satu benua ke benua lain. Terbang selama 12 saat
di kawasan lapang berangin di North Carolina, era sains dan teknologi
selepas itu tidak lagi menoleh ke belakang.
Diterjemah secara bebas dari LiveScience
http://www.majalahsains.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan