Wanita sangat unik tetapi kadang-kadang bukan saja lelaki susah ingin memahami mereka tetapi juga rakan wanita mereka sendiri.
SENSITIF : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
CEREWET : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang-kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali-sekala.
HALUS :
Ibarat sehalai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan
koyak..walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab
kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan
jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
IKHLAS : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
KORBAN :
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi,
termasuk ibu bapa, anak-anak, dan suami. WANITA amat tabah.
PRIHATIN : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
MANJA :
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri
seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja hanya
kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.
EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
SEKS :
Seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan
dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada
satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi
lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan.
sentuhankasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan