Jumaat, 22 Mac 2013

Petua Cerahkan Buku Lali Hitam

 
Tidak semua orang mengalami masalah buku lali hitam di bahagian bawah kaki. Ada yang mengatakan  bahawa warna gelap pada tumit dan siku berpunca daripada hiper-pigmentasi kulit. Ia juga akan buku lali hitam menyebabkan kulit pada bahagian tersebut jika dibiarkan lama-kelamaan akan menjadi kasar. Pada masa yang sama, faktor keturunan juga mungkin menjadi penyebab mengapa sesetengah orang mempunyai siku atau tumit yang kelihatan hitam.  Jom kita lihat apakah petua tersebut.



 

Petua Atasi Buku Lali dan Siku Hitam

Petua yang pertama ialah menggunakan limau nipis atau lemon. Potong limau kepada dua bahagian dan gosokkan pada buku lali selama beberapa minit sewaktu tengah menonton drama dsb.nya.

Biarkan air limau tu kering dengan sendiri pada buku lali yang disgosok. Lepas  dirasakan dah betul-betul kering, barulah dibilas dengan air suam. Eloknya diamalkan setiap hari.

 
Petua Mencerahkan Siku/ Buku Lali

Sediakan satu cawan susu, teoun gandum 2-3 sudu besar dan satu sudu serbuk kunyit.

Campurkan kesemua bahan tu dalam satu mangkuk bersih dan gaul sehingga rata. Kemudian sapu adunan tu pada bahagian siku atau buku lali atau kedua-duanya sekali dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.

Selepas 30 minit,barulah digosok bahagian tersebut perlahan-lahan dengan menggunakan air suam untuk membersihkan atau dalam erti kata lain menghilangkanbahan/adunan yang disapu tadi. Dikatakan juga kalau nak dapat hasil yang tip-top kenalah juga amalkan petua nie setiap hari.


Ulasan Admin :  Sekiranya ia dibiarkan kehitaman tidaklah menjadi masalah kerana ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Cuma ini sebahagian datip tip penjagaan kesihatan diri. Namun jika anda sering mengesatkan buku lali di karpet masjid, atau sering bersila di kawasan yang mempunyai karpet, ia juga turut menyumbang kepada warna kehitaman di buku lali.
islam itusuciblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...