Jumaat, 29 Mac 2013

Kebaikan daun pudina merawat kesihatan luar dalam


Daun pudina sangat hebat untuk rawatan luar dan dalam
Assalamualaikum. Daun pudina adalah sejenis herba yang berbau segar dan selalu digunakan pada masakan2 terutama masakan India + Malaysia iaitu Baryani ayam + daging + kari. Tanpa daun pudina masakan seakan terasa kurang power. Lagi2 untuk mereka yang gemar menggunakannya sebagai pemanis mulut dan sebagainya.

Daun pudina juga bukan saja hebat dipergunakan untuk masakan tetapi sebalik baik untuk mereka yang gemar berdiet + menjaga kesihatan diri luar dan dalam. Tahukah kita bahawa daun pudina juga sangat baik untuk anak2 kecil meminumnya?
 
 
 

KEBAIKKAN DAUN PUDINA

  • Membantu saluran pencernaan. Jika terkena cirit birit atau sakit perut boleh ambil jus pudina untuk rawatan
  • Membantu bertindak menjadi penyejuk kepada kulit + membantu dalam masalah kegatalan kulit
  • Membantu mengurangkan sindrom usus + membersihkan perut + menghilangkan masalah kulit seperti jerawat = minum teh pudina ( resipi disertakan dibawah)
  • Membantu dalam menghapuskan toksin dari badan
  • Membantu dalam pemutihan gigi + memerangi nafas berbau = hancurkan daun pudina dan gosok terus ke gigi. 
  • Menjadi pembersih yang sangat baik untuk darah kita

CARA PENYEDIAAN TEH PUDINA + JUS PUDINA

  • Mengambil jus pudina merawat cirit birit + sakit perut + membersihkan usus
  • Teh pudina = Rendam teh uncang + beberapa helai daun pudina dengan air panas = hidangkan dalam gelas dengan ais kiub + gula. Menyegarkan badan terutama mata mengantuk.
  • Jus pudina = Blend 15 helai daun pudina + segelas air masak atau mineral. Tapis dan ambil jus saja. Tambahkan ais kiub + gula = Siap diminum. Untuk anak2 hidangkan tanpa ais kiub. Bagus untuk mereka yang ingin berdiet.

CARA PENYEDIAAN MASKER + HITAM BAWAH MATA

  • Daun pudina merawat hitam bawah mata + melembapkan kulit muka
  • Masker = Tumbuk halus dan campurkan dengan plain yogurt. Sapukan pada muka dan biarkan 30 minit. Cuci dengan air suam. Kemudian bilas dengan air sejuk. InsyaAllah wajah akan lembap + lembut + tiada jerawat.
  • Hitam mata = Tumbuk halus dan sapu rata pada bawah mata. Biarkan 15 minit. Bilas dengan air suam + sejuk. InsyaAllah mata hitam akan hilang secara perlahan2..
Nota
Banyak khasiat daun pudina yang kita tidak tahu. Selain sedap dalam masakan pudina juga hebat untuk kesihatan luar dan dalam.
P.S. Jangan tak cuba. Yang selalu mengadu sakit perut atau cirit birit bagus minum. Selamat mejaga kesihatan luar dan dalam untuk keluarga tersayang.
http://kongsibersamanora.blogspot.com
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...