Jumaat, 29 Mac 2013

Penthouse Termahal Dunia Di Monaco Bernilai RM 1.2 Billion

Monaco ialah negara kecil yang terletak di selatan Perancis. Monaco terkenal sebagai syurga bebas cukai yang menjadi tempat tinggal golongan elitis kaya raya. Sesuai dengan status sebagai "tempat permainan untuk yang kaya dan ternama", penthouse termahal di dunia sudah mula dijual di Monaco. Penthouse dua tingkat di Odeon Tower ini dijual pada harga USD 387 Juta (RM 1.2 Billion) dan ia mempunyai kolam renang, gelungsur air dan bilik sauna peribadinya sendiri. Jumlah keluasan lantai penthouse ini ialah 3300 kaki persegi dan akan siap sepenunya menjelang Julai 2014. Swag.. 









 
 
 
 
 
 

Laporan asal SkyNews/http://blogserius.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...