Selasa, 26 Mac 2013

Cat Sembur X-Ray: Mampu Lihat Kandungan Dalam Sampul Surat Selama 30 Saat

Bagi anda yang suka mengintai kandungan barang di dalam bungkusan sampul surat orang lain, kini ada cara yang lebih mudah untuk melakukannya..Nak tahu macam mana? Meh usha kat bawah ni..


"X-Ray Spray" ini amat berguna bagi mereka yang ingin mengetahui kandungan dalam bungkusan sampul surat orang lain tanpa perlu membukanya. Apa yang anda perlu buat hanya lah sembur cat semburan ini pada permukaan sampul surat dan sampul surat tadi secara perlahan-lahan akan bertugas menjadi separa telus.
 
 
 

Walaubagaimana pun, kesan cat semburan ini hanya lah bersifat sementara. Selepas 30 saat, kertas sampul surat yang separa telus tadi akan bertukar kepada keadaan asal dan tidak meninggalkan sebarang kesan pada sampul surat mahupun barang di dalam nya.

Selain itu, penggunaan produk ini masih belum dipastikan sama ada ia sah disisi undang-undang untuk digunakan, sekurang-kurangnya dari segi moral. Walaubagaimana pun, ia pasti akan menjadi suatu produk yang hebat sekiranya sesuatu seperti ini wujud. Dianggarkan, harga sebiji penyembur ini adalah sekitar US$15 sahaja.


p/s: Bahaya jugak bagi surat-surat yang berstatus "Sulit"..
 http://drysheet.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...