Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih melanjutkan
usia kita untuk bernafas di dunia yang indah ini. Sambil kita menikmati
kenikmatan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini, marilah kita
bersama-sama muhasabah diri seketika...
Ingatlah! Hidup ini terlalu singkat... Jangan lalai dan terleka dengan nikmat duniawi!
Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya, “Telah dekat kepada
manusia hari (yang akan) menghisab segala amalan mereka, sedang mereka
berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).” (QS. Al Anbiya : 1)
Kehidupan di akhirat yang kekal abadi...
Bagaimana untuk menikmati kebahagian hidup di akhirat?
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang
bawahnya mengalir sungai-sungai.” (QS Al Hajj: 14)
1. Beriman dengan Allah. Ikuti segala perintahnya dan jauhi segala larangannya
2. Beramal soleh. Lakukan kebaikan dan perbanyakkanlah amal jariah dengan ikhlas.
Persiapkanlah bekalan untuk menuju perjalanan yang panjang dan penuh
dugaan di Hari Perhitungan di Akhirat kelak. Gunakanlah masa yang
singkat di dunia ini sebaik mungkin untuk kebahagian hidup di dunia dan
akhirat.
Rasulullah SAW bersabda, ”Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara.” Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Jika
engkau berada di waktu petang hari, maka jangan menunggu pagi hari dan
jika engkau berada di pagi hari janganlah menunggu petang hari.
Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum kamu sakit dan pergunakanlah waktu
hidupmu sebelum kamu mati.” (HR.Bukhari).
Terima kasih bersama Relaks Minda... Tazkirah ringkas untuk muhasabah diri ini dan buat anda semua.
Admin...
relakss mindablogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan