Ahad, 31 Mac 2013

Konsep Tingkap & Ampaian Yang Cool

Blindry merupakan sebuah konsep tingkap yang mempunyai ampaian pakaian yang boleh dilipat. Ia adalah sebuah konsep yang sangat bijak kerana boleh menjimatkan ruang dalam apartment yang kecil. Mengeringkan pakaian menggunakan aliran udara dan cahaya matahari juga lebih mesra alam berbanding menggunakan mesin pengering pakaian.

Ianya diilhamkan oleh Kim Bobindan Ko Kyungeun. Tidak hairanlah konsep Blindry ini telah menerima anugerah daripada Red Dot Awards kerana idea daripada konsep ini mungkin sangat berguna dan anda sendiri boleh membuat ampaian seperti ini di rumah. Nice.








 
penpatahblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...