Jumaat, 29 Mac 2013

Irma Hasmie Selamat Lahirkan Anak Lelaki


Irma Hasmie 
Pelakon yang semakin ayu berhijab, Irma Hasmie Ibrahim telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.51 pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh suami Irma, Redza Syah Azmeer di laman Twitternya dengan menulis, “Alhamdulilah, Kurniaan Allah dah selamat lahir 8.51 pagi, berat 3.93 kg”.





Malah Redza juga sempat berkongsi gambar cahaya mata sulung mereka di laman Instagram miliknya.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 29 Jun tahun lalu di Dewan Persidangan Putrajaya dan majlis resepsinya berlangsung di MAEPS, Serdang.

Tahniah diucapkan buat Irma dan suami dan semoga anaknya nanti menjadi anak yang soleh. InsyaAllah
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...