Aisyah Shakirah menghayun langkah dengan
laju menuju ke asramanya yang terletak di Kolej Tun Dr Ismail,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Air mata yang bergenang di tubir mata
jatuh lagi. Allah! Kenapalah aku ditakdirkan untuk bertemu dengannya
setelah sekian lama kami terpisah.
Muhammad Afiq Rayyan.
Namanya tidak asing lagi dengan diari
hidup Aisyah Shakirah kerana mereka pernah menjalinkan hubungan yang
istemewa suatu masa dahulu ketika masing-masing sedang menuntut di alam
persekolahan. Namun, setelah ditarbiyah mereka mulai sedar bahawa Islam tidak membenarkan lelaki dan wanita yang bukan ajnabi mempunyai hubungan istemewa selagi akad belum dilafazkan.
Seingatnya, setelah keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia diumumkan, dia mendapat khabar berita yang lelaki itu
akan menyambung pelajarannya di Royal College of Surgeons, Ireland
dalam jurusan perubatan sama sepertinya.
Lantas, Aisyah Shakirah mencari Samsung
Galaxy SIII yang disimpan di dalam beg sandangnya. Tangannya laju
membuka ruangan contacts dan skrin disentuh apabila nama Fakhirah Anati
muncul.
“ Assalamualaikum, Ana. Boleh tak kalau
Aisyah nak bercakap dengan Ana sekejap.” tutur Aisyah Shakirah memulakan
perbualan. Fakhirah Anati merupakan rakan karibnya sewaktu mereka
sama-sama menuntut di MRSM Taiping.
“ Waalaikumussalam, haruslah boleh wahai
sahabatku. Your voice sound weird. Do you have any problem, Aisyah?
Just let me know if there is anything I can do to help …..” teka
Fakhirah Anati. Persahabatan yang terjalin sejak di Tingkatan 1 telah
menjadikan Fakhirah Anati peka terhadap keadaan Aisyah Shakirah.
“ Urmm …. Petang tadi, after tamat
kuliah Aisyah singgah dekat kafetaria nak bungkus makanan untuk dibawa
ke bilik. Masa tengah beratur nak bayar harga makanan tu, Aisyah macam
ternampak seorang lelaki yang wajahnya seiras macam Rayyan. At first,
Aisyah anggap lelaki tu just pelanduk dua serupa but bila Aisyah dengar
kawan-kawan dia panggil dengan nama Rayyan, Aisyah macam ….. you know
how I feel,right?”
Baru sahaja Fakhirah Anati ingin membuka
mulut untuk berbicara, Aisyah Shakirah sudah memotong terlebih dahulu. “
Tapi apa dia buat dekat UKM. Setahu Aisyah, dia sekarang dekat
Ireland”.
“Astaghfirullah! Maybe Ana lupa nak
cerita dekat Aisyah. Rayyan ambil twinning program RCSI – UKM. Mungkin
dia dah habis belajar dekat sana , tu yang sambung UKM pula.”
“ That means after nie tak mustahil lah
kalau Aisyah boleh terserempak dengan dia lagi. Dahlah fakulti yang
sama, dalam satu bangunan pulak tu. Allahu Robbi! Cabaran apa nie Ana.
Aisyah takut Aisyah tak kuatlah.”
“ Aisyah, Allah menguji setiap hambaNya
mengikut kadar kemampuan hambaNya juga. Mungkin jiwa Aisyah sebenarnya
sudah cukup kuat untuk menghadapi semua ni, cuma diri Aisyah sahaja yang
tidak berasa yakin. Allah memberi kita ujian hidup untuk melihat
sedalam mana cinta kita kepada Dia. Sahabatku, kuatkanlah dirimu. Disebalik kelembutan seorang wanita, terdapat kekuatan yang luar biasa.
Lupakan semua kenangan antara Aisyah dan Rayyan. Seandainya Muhammad
Afiq Rayyan memang sudah ditetapkan sebagai pelindung buat Aisyah
Shakirah,masanya akan tiba jua” terang Fakhirah Anati panjang lebar.
Aisyah Shakirah tersenyum.
„Terima kasih Ya Allah kerana Engkau
telah mengurniakan seorang sahabat yang sentiasa membimbingku ke
jalan-Mu‟ desis Aisyah Shakirah di dalam hatinya.
**********
Usai sahaja membuat revision untuk
subjek yang akan dipelajarinya pada esok hari, Rayyan bergegas ke bilik
air untuk mengambil wuduk. Kemudian, dia menghamparkan sejadah berwarna
biru tua miliknya. Sudah menjadi rutinnya sejak di alam persekolahan
lagi untuk melakukan solat-solat sunat sebelum tidur.
Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki
Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan
yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, aku
merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diri
daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan
kekasih, memerlukan isteri dan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku
daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah
tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik
disisiMu, terbaik buat agamaku, terbaik buat diriku, keluarga dan
seluruh mukminin dan mukminat, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar
aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang
terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku.
Namun ya Allah, jika masanya untuk
dipertemukan dengan jodohku belum tiba, maka aku memohon kepadaMu agar
Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku. Aku memohon agar
Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk
memiliki jodohku. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang
Maha Penentu jodoh, jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku
daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah
aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang
menyesatkan diriku ya Allah.
Ameen.
**********
DUA TAHUN KEMUDIAN
“Abang! Jomlah makan. Aisyah dah siapkan
hidangan makan malam untuk kita.” Terdengar suara lembut dan halus
Aisyah Shakirah memanggil suaminya.
“Wait, dear! I‟m coming.” sahut Rayyan
dari arah ruang tamu. Dia baru sahaja selesai mentadabbur surah Yusuf.
Rayyan tersenyum manis sambil meraih kedua – dua tangan milik isterinya.
“Kalau hari – hari macam nie, abang boleh jadi macam The
Hulk.Hahahaha…..”.
Aisyah Shakirah turut ketawa mendengar jenaka suaminya itu.
“Walaupun suatu hari nanti badan abang
tak ubah macam The Hulk, kasih Aisyah tetap untuk abang selamanya…..”
jawab Aisyah Shakirah seraya mencuit hidung suaminya.
“Aisyah, terima kasih sebab sudi menjadi
bidadari abang di dunia dan in sha Allah di syurgaNya juga. Walaupun
kita terpisah tanpa khabar berita, akhirnya Allah temukan kita kembali
bersama dengan sebuah ikatan yang halal dan suci” tutur Rayyan tulus
dari hatinya.
“Alhamdulillah. Betullah apa yang Ana
cakap dekat Aisyah dulu. Kalau memang betul abang jodoh Aisyah, Allah
pasti akan satukan kita cuma masanya cepat atau lambat je. Allah tu The
Best Planner, kan abang” balas Aisyah sambil tersenyum.
Muhammad Afiq Rayyan mengangguk sebagai tanda setuju terhadap butir bicara isterinya.
Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta | Demi Cinta |
“ After kita loss contact, Aisyah pernah teringat dekat abang tak?”
“Abang rasa macam mana?” jawab Aisyah Shakirah berteka teki dengan suaminya.
“Ish….. dia nak main teka teki lah
pulak. Abang bagi cengkaman ketam baru tahu” ujar Afiq Rayyan sambil
membuat isyarat tangan untuk mencubit pipi Aisyah Shakirah.
“Honestly, perasaan tu memang ada.
Memang sakit dan pedih bila kena hadapi semua tu dulu tapi bila Aisyah
fikirkan balik, wajarkah Aisyah lebih teringatkan abang berbanding
Allah. Alhamdulillah,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan Aisyah sesuatu
yang sangat indah dan bahagia dengan menjadi zawjah abang.”
Muhammad Afiq Rayyan memeluk bahu Aisyah Shakirah.Erat.
“Allah,sakit bang!” getus Aisyah Shakirah menahan kesakitan.
“Sorry,sayang. Aisyah okay tak nie?”
“Baby tendang perut tadi. Ishh, nakalnya anak abi nie. Mesti dah lapar ye” kata Aisyah Shakirah sambil ketawa.
Afiq Rayyan mengusap perut Aisyah
Shakirah yang sedang mengandung 7 bulan itu. “Hahahaha. Jom kita makan.
Abi pun dah lapar. Umi lah nie dari tadi tak nak berhenti berbual.”
Aisyah Shakirah membulatkan mata sambil mencubit lengan suaminya. Lantas, mereka berdua serentak ketawa.
Bahagia sampai ke syurga!
-TAMAT-
.http://pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan