Gambar Hiasan |
GENEVA - Seorang lelaki berusia 73 tahun dari Emiriah Arab Bersatu
menjadi pesakit ke-11 mati selepas dijangkiti sejenis virus yang
menyerang sistem pernafasan manusia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO).
Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut, virus
itu yang dikenali sebagai koronavirus novel (nCoV) mula dikenal pasti
enam bulan lalu.
Kata WHO, pesakit telah diterbangkan ke sebuah hospital di Munich pada minggu lalu dan meninggal dunia kelmarin.
Sebanyak 17 kes nCoV direkodkan sejak WHO mengeluarkan amaran penyakit
maut itu pada September tahun lalu dengan kebanyakan jangkitan berlaku
di Asia Barat.
Tambah agensi berkenaan, seorang lelaki yang kerap berkunjung ke Arab
Saudi dan Pakistan turut meninggal dunia baru-baru ini akibat serangan
virus nCov.
Saintis-saintis memberitahu, virus baharu itu berasal daripada kelompok
virus selesema dan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang
melanda dunia dari Asia pada hujung tahun 2003.
Sejumlah 775 orang meninggal dunia akibat SARS.
Antara simptom jangkitan nCoV termasuk sukar bernafas, demam, batuk dan pneumonia. -
Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan