Khamis, 28 Mac 2013

Main Golf Sampai Atas Pokok : Saksikanlah Sergio Garcia !

Padang golf selalu dihijaukan dengan dengan pelbagai pokok-pokok. Bagaimana sekiranya dalam perlawanan, bola golf anda tersangkut di atas pokok? Pasti menyusahkan, kerana setahu saya bola golf yang masih dalam permainan tidak boleh disentuh oleh pemain. 
Inilah yang terjadi dalam pusingan ketiga Kejohanan WGC-Cadillac, apabila Sergio Garcia telah memutuskan untuk melakukan pukulan dari atas pokok. Sergio mula memanjat pokok tersebut dan seterusnya memukul bola golf dari atas pokok pada lubang ke-10 di Bay Hill.
 
 
 
 
 


 
Beliau berjaya mengembalikan bola golf tersebut ke laluan sepatutnya, tetapi malangnya masih dibuat 'double-bogey' pada lubang tersebut. Namun, itulah cara yang cukup kreatif untuk mendapatkan bola anda kembali ke dalam permainan dan mendapat tepukan gemuruh penonton.
Bagaimanapun, Tiger Wood telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan WGC-Cadillac Championship dari 7-10 Mac dalam siri jelajah PGA 2013 kali ini dan membawa pulang wang tunai yang agak lumayan. Berikut keputusan penuh pertandingan tersebut:

 
 
Sumber: Yahoo News/zulkbo

1 ulasan:

  1. Customer care outsourcing service

    By choosing professional Customer care outsourcing service, you may benefit from flexibility, cheap prices, and high-calibre service. Power your business with Customer care outsourcing service

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...