Khamis, 28 Mac 2013

Senarai Tempat Mengundi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) Seluruh Malaysia

As-Salam. Adakah anda sudah menyemak status daftar pemilih bagi PRU13? Jika tidak, lakukan sekarang untuk memastikan nama anda, kad pengenalan, kawasan mengundi adalah tepat dan benar. Tidak perlu tunggu di saat-saat akhir untuk melakukannya. Ia perlu bagi memastikan tiada masalah berlaku di hari mengundi PRU13 nanti.
Oh ya, salah satu perkara penting juga yang perlu anda tahu ialah tempat atau lokasi untuk anda membuang undi. Bukan boleh membuang undi sebarang tempat. Ada lokasi yang telah dikhaskan untuk memangkah calon yang bertanding dalam PRU13.
 
 
 
Untuk itu, HH sukacita mahu kongsikan senarai tempat atau lokasi mengundi bagi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) bagi seluruh Malaysia.

Senarai Tempat Mengundi PRU13 Bagi Seluruh Malaysia

Perkhidmatan ini disediakan oleh Portal Rasmi PRU13, anda mungkin akan mengalami sedikit gangguan kerana aplikasi menggunakan Adobe Reader, pastikan pelayar web anda telah dikemaskini dengan aplikasi terbaru Adobe.
Senarai lokasi yang telah ditetapkan adalah terkini dan sah sehingga 31 Januari 2013. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak SPR Malaysia.
*p.s: Mari mengundi, pilihlah calon yang layak dan berhak, dan bertanggungjawab atas agama, bangsa dan negara.
 http://www.hasrulhassan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...