Isnin, 25 Mac 2013

11 Pekerjaan Pelik Yang Ada Di Pejabat Google


Adakah anda pernah membayangkan bekerja di syarikat sebesar Google? Kalau saya pernah dan teringin sangat untuk bekerja di sana. He he he. Tapi kerja apa di Google? jadi tukang Masak? Ha ha ha. Tapi mungkin inilah impian hampir semua orang. Malangnya, tak semua orang mengambil jurusan yang berkaitan dengan teknologi dan mendapat nilai sempurna seperti yang dikehendaki Google.

Kerja Inilah Pekerjaan Aneh yang Ada di Google
 
 


Namun jangan risau, kerana syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu tidak hanya mencari mereka yang genius di bidang teknologi. Dipetik dari Businessinsider, berikut 11 pekerjaan atau kedudukan yang mungkin tidak akan anda percaya ada di pejabat Google.

1. Dance Program Manager

Hairan? Tapi inilah kenyataannya. Google sengaja mengupah orang untuk mengajar tarian dan yoga di studio tarian milik mereka. Tujuannya tidak lain untuk membuat pekerja tetap sihat.

2. Massage Therapist
Jangan bimbang !penat atau badan sengal ketika bekerja. Para pekerja ini siap memberi urutan untuk anda.

3. Nutritionist

Tak ada lagi alasan jajan sembarangan ketika rehat makan tengah hari. Google menyajikan pelbagai santapan berkhasiat tinggi yang dipilih oleh para Nutrisionist.

4. Ergonomics Specialist

Tugasnya mengatur ruang kerja anda agar selesa dan menyihatkan. Mereka memastikan para pekerja yang lain tidak menderita sakit punggung ketika bekerja. Cukup aneh kan?

5. Fitness Program Manager

Para pekerja bertugas untuk membuat pekerja lain mempunyai badan profesional. Jika anda ingin kurus dan mengurangkan berat badan, cubalah melamar pekerjaan di Google.

6. Transportation Program Manager

Tentunya seseorang harus menetapkan alur pengangkutan para pekerja di Google, misalnya basikal. Orang yang bekerja di posisi ini harus memastikan semua pekerja boleh mundar mandir dengan mudah.

7. Jolly Good Fellow

Tugasnya adalah sebagai motivator agar setiap pekerja bekerja secara maksimum.

8. Green Team Lead

Mereka diwajibkan mengurus kecekapan tenaga pada bangunan pejabat dan mencari sumber makanan yang mesra alam sekitar.

9. Food Scientist

Orang-orang ini bertugas melakukan eksperimen tentang makanan yang percuma disediakan, seperti coklat M & M.

10. Childcare Center Preschool Teacher

Para guru ini bertugas mengajar dan menyelia kemudahan penjagaan kanak-kanak yang Google tawarkan di beberapa pejabatnya.

11. Intergalatic Federation King Almighty and Commander of the Universe

Rasa aneh? Jabatan yang dipegang oleh Tiffany Montague ini bertujuan untuk menjalankan projek luar angkasa Google, seperti menghantar robot ke bulan 

 http://dairishare.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...