Gastrik
adalah merupakan serangan yang berlaku secara tiba-tiba dan ia bukannya
sejenis penyakit. Gastrik adalah gangguan dalam perut terutama pada
bahagian perut atas (berhampiran ulu hati) berasa sakit dan tidak
selesa.
Disebabkan itu terdapat petua
tradisional gastrik yang berkesan untuk mengubati keadaan ini. Anda tak
perlu gusar kerana gastrik boleh hilang dengan sendirinya tetapi memakan
masa yang agak lama untuk sembuh. Jom kita lihat petua tradisional bagi
mengubati masalah gastrik ini :
1. Titikkan tiga titik getah betik muda
ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum
selepas sarapan pagi.
2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut
atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu
ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning
telur. Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.
3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.
rujukan : http://jompetua.com/petua-merawat-gastrik/#more-485
http://www.klik4sihat.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan