Khamis, 28 Mac 2013

Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah! Bahagian 2

Kadang-kadang sekeping gambar menceritakan seribu kisah. Gambar-gambar nostalgia seperti gambar tinggalan Perang Dunia Kedua misalnya, memberi kesan mendalam dalam diri penulis. Perang bukanlah jalan pertama perlu ditempuhi jika tidak mampu mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara. Dengan kata lain, perang bukan jalan penyelesaian, tapi hanya salah satu jalan menuju kehancuran.!
Penulis  membuat kesimpulan bahawa perang tersebut hanya sebagai pentas pembunuhan besar-besaran kepada banyak nyawa  yang tidak bersalah. Lihatlah bagaimana askar-askar yang terbunuh di medan perang. Kepala berkecai, perut terburai,otak bersepai. Siapa yang mahu bertanggungjawab atas semua ini?

B-29 menjatuhkan bom ke sebuah bandar di Jerman.






Askar marin Amerika Syarikat berehat selepas penat berjuang.

Tapi lain pula untuk askar marin ini, mereka 'berehat' untuk selama-lamanya.

Pegawai tentera Finland memberi tabik hormat kepada askar-askar yang berjuang untuk negara mereka. Miskipun hanya lima jari diangkat ke kepala, penulis yakin askar-askar Finland ini pasti akan terasa dihargai. 

Tentera Hungary memulakan misi dengan kereta kebal mini milik mereka.

Tentera Jerman pula mendaratkan bekalan amunisi dan artileri di Rusia.

Pesawat pengebom British tidak mampu menyelesaikan misi apabila ditembak jatuh oleh musuh mereka.

Tentera Jerman menaiki motorsikal untuk sampai ke sempadan Perancis.

Tentera British mendarat di Normandy semasa D-Day.

Tentera Amerika Syarikat ini adalah antara jutaan askar yang tidak bernasib baik.

Tentera Jepun yang malang ini maut di tepi kereta kebal Ha Go milik mereka.

Tentera Itali SS-Division bersiap-siaga untuk berperang. Lihat wajah mereka, masih muda belia.

Tentera Soviet berperang di dalam bandar bagi mempertahankan bandar tersebut daripada jatuh ke tangan Jerman.
takusahrisaublogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...