... Berkatalah salah
seorang dari sahabat Nabi Musa, bernama Yusha bin Nun:
"Wahai Musa, ke
mana kami harus pergi?" Musuh berada di belakang kami sedang mengejar
dan laut berada di depan kami yang tidak dapat dilintasi tanpa sampan.
Apa yang harus kami perbuat untuk menyelamatkan diri dari kejaran Firaun
dan kaumnya? "
Nabi Musa menjawab:
"Janganlah kamu khuatir dan cemas, perjalanan kami telah diperintahkan
oleh Allah kepadaku, dan Dialah yang akan memberi jalan keluar serta
menyelamatkan kami dari cengkaman musuh yang zalim itu."
Pada saat yang kritis
itu, di mana para pengikut Nabi Musa berdebar-debar ketakutan, seraya
menanti tindakan Nabi Musa yang kelihatan tenang sahaja, turunlah wahyu
Allah kepada Nabi-Nya dengan perintah agar memukulkan air laut dengan
tongkatnya. Maka dengan izin Allah terbelah laut itu, tiap-tiap bahagian
merupakan seperti gunung yang besar. Di antara kedua-dua belahan air
laut itu terbentang dasar laut yang sudah mengering yang akan di bawah
pimpinan Nabi Musa dilewatilah oleh kaum Bani Israil menuju ke tepi
timurnya.
Setelah mereka sudah
berada di bahagian tepi timur dalam keadaan selamat terlihatlah oleh
mereka Firaun dan bala tenteranya menyusuri jalan yang sudah terbuka di
antara dua belah gunung air itu. Kembali rasa cemas dan takut mengganggu
hati mereka seraya memandang kepada Nabi Musa seolah-olah bertanya apa
yang hendak dia lakukan selanjutnya. Dalam pada itu Nabi Musa telah
diilhamkan oleh Allah agar bertenang menanti Firaun dan bala tenteranya
turun semua ke dasar laut. Kerana takdir Allah telah mendahului bahawa
mereka akan menjadi bala tentera yang tenggelam.
Berkatalah Firaun kepada
kaumnya tatkala melihat jalan terbuka bagi mereka di antara dua belah
gunung air itu: "Lihat bagaimana lautan terbelah menjadi dua, memberi
jalan kepada kami untuk mengejar orang-orang yang melarikan diri itu.
Mereka mengira bahawa mereka akan dpt melepaskan dari kejaran dan
hukumanku. Mereka tidak mengetahui bahawa perintahku berlaku dan ditaati
oleh laut, jgn lagi oleh manusia. Tidakkah ini semuanya membuktikan
bahawa aku adalah yang berkuasa yang harus disembah olehmu? "Maka dengan
rasa bangga dan sikap sombongnya turunlah Firaun dan bala tenteranya ke
dasar laut yang sudah mengering itu melakukan gerak-cepatnya untuk
menyusul Musa dan Bani Israil yang sudah berada di tepi bahagian timur
sambil menanti hukuman Allah yang telah ditakdirkan terhamba-hamba-Nya
yang kafir itu.
Demikianlah maka setelah
Firaun dan bala tenteranya berada di tengah-tengah lautan yang membelah
itu, jauh dari ke dua tepinya, tibalah perintah Allah dan kembalilah
air yang menggunung itu menutupi jalur jalan yang terbuka di mana Firaun
dengan sombongnya sedang memimpin barisan tenteranya mengejar Musa dan
Bani israil. Terpendamlah mrk hidup-hidup di dalam perut laut dan
berakhirlah riwayat hidup Firaun dan kaumnya untuk menjadi kenangan
sejarah dan ibrah bagi generasi-akan datang.
Pada saat-saat akhir
hayatnya, seraya berjuang untuk menyelamatkan diri dari maut yang sudah
berada di depan matanya, berkatalah Firaun: "Aku percaya bahawa tiada
tuhan selain Tuhan Musa dan Tuhan Bani Israil. Aku beriman pada Tuhan
mereka dan berserah diri kepada-Nya sebagai salah seorang muslim. "
Berfirmanlah Allah
kepada Firaun yang sedang menghadapi sakaratul-maut: "Baru sekarangkah
engkau berkata beriman kepada Musa dan berserah diri kepada-Ku? Tidakkah
kekuasaan ketuhananmu dapat menyelamatkan engkau dari maut? Baru
sekarangkah engkau sedar dan percaya setelah sepanjang hidupmu
bermaksiat, melakukan penindasan dan kezaliman terhadap hamba-hamba-Ku
dan berbuat-sewenang-wenang, merosak akhlak dan aqidah manusia-manusia
yang berada di bawah kekuasaanmu. Terimalah sekarang pembalasan-Ku yang
akan menjadi pengajaran bagi orang-orang yang akan datang sesudahmu.
Akan Aku apungkan tubuh kasarmu untuk menjadi peringatan bagi
orang-orang yang meragukan akan kekuasaan-Ku. "
Bani Israil
pengikut-pengikut Nabi Musa masih meragukan kematian Firaun. Mereka
masih terpengaruh dengan kenyataan yang ditanamkan oleh Firaun semasa ia
berkuasa sebagai raja bahwa dia adalah manusia luar biasa lain drpd
yang lain dan bahwa dia akan hidup kekal sebagai tuhan dan tidak akan
mati. Khayalan yang masih melekat pd fikiran mrk menjadikan mereka tidak
mahu percaya bahawa dengan tenggelamnya, Firaun sudah mati. Mereka
menyatakan kepada Musa bahwa Firaun mungkin masih hidup namun di alam
lain.
Nabi Musa berusaha
menyakinkan kaumnya bahawa apa yang terfikir oleh mrk tentang Firaun
adalah suatu khayalan belaka dan bahwa Firaun sebagai orang biasa telah
mati tenggelam akibat pembalasan Allah atas perbuatannya, menentang
kekuasaan Allah mendustakan Nabi Musa dan menindaskan serta
memperhambakan Bani Israil. Dan setelah melihat dengan mata kepala
sendiri, tubuh-tubuh Firaun dan orang-orangnya terapung-apung di
permukaan air, hilanglah segala tahayul mrk tentang Firaun dan
kesaktiannya.
Menurut catatan sejarah,
bahawa mayat Firaun yang terdampar di pantai diketemukan oleh
orang-orang Mesir, lalu diawet hingga utuh sampai sekarang, sebagai mana
dpt dilihat di muzium Mesir. Dan gambar gambar yang kami paparkan
adalah gambar foto Istana yang begitu dibanggakan dan ditinggalkan oleh
Firaun dan para pembantunya.
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan