Selasa, 26 Mac 2013

Wahai wanita anda memang tak kisah ke?

 

Aku cuma nak tanya, terutama kepada wanita2 muslim, mana yang tak pakai tudung tu aku tak nak cakap banyak sebab memang belum ada kesedaran dalam diri dan tak peduli, tapi bagi yang pakai tudung tapi pakai baju seluar ketat sampai tertonjol sana sini atas bawah, amik gambar posing maut lepas tu taruk kat Facebook, Twitter, korang memang takde rasa apa2 ke?





Korang tahu tak orang lelaki ni pantang tengok benda2 macam tu. Atau korang memang buat macam tu untuk tarik perhatian orang lelaki kerana anda suka orang memerhatikan anda? Korang tak kisah ke kalau orang lelaki skodeng payudara dan punggung anda? Memang suka ke kalau orang lelaki curi gambar anda yang bisa menaikkan nafsu syahwat dan ghairah orang lelaki dan letak dalam group macam Koleksi awek Malaysia untuk tatapan lelaki2 miang 1Malaysia?

Bila korang berpakaian dan berposing2 macam sambil ambil gambar letak dalam Facebook, korang sebenarnya rasa bangga dan tiada sedikit pun rasa malu ke? Kenapa nak kena berposing sambil mendada2 sehingga nampak bentuk? Memang suka ke tayang2 aset korang? Lagi besar lagi harus ditayang ke? Sebab ada yang macam tak kisah pun untuk menutupi dan melindunginya daripada tatapan mata kaum lelaki.




Aku cuma nak tahu dari perspektif seorang perempuan, kerana aku lelaki. Korang memang tak kisah ke pasal benda2 tu? Aku pun kalau pakai seluar ketat sikit lepas tu tertonjol sana sini aku pun dah rasa malu dan pergi tukar seluar lain yang lebih besar dan labuh. Sekarang ni aku tengok berapa ramai wanita yang kisah melabuhkan tudungnya sehingga ke paras bawah dada untuk melindunginya daripada dilihat orang lain berbanding yang tak kisah.

Aku tak tahu berapa ramai kaum wanita yang akan sedar, tapi aku pernah tulis sebelum ini yang anda mungkin hak milik Internet, so berhati2lah bila berpakaian, berposing, bergambar, bermedia sosial dan berinternet. Tapi kalau anda memang jenis tak kisah abaikan sahaja nasihat ini.

Sumber: Buasir Otak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...