Seorang
budak genius berusia sembilan tahun yang diberi nama jolokan ‘Mini
Monet’ akan menjadi jutawan setelah berjaya menjual koleksi lukisan yang
dihasilkannya pada harga £250,000. Inilah dia Kieron
Williamson, dari Norfolk Amerika Syarikat, mulanya menangkap
gambar-gambar lukisannya dengan telefon dan pembeli Internet dari
seluruh dunia telah membeli semua lukisannya dalam masa 15 minit.
Kieron mula
melukis semasa satu percutian keluarga ke Devon dan Cornwall pada tahun
2008, dan sebelum itu dia hanya pandai mewarnakan gambar dinosaur yang
dilukis oleh ibu bapanya untuknya saja. Tapi sejak itu dia menjadi sensasi seni antarabangsa dengan sebahagian dari hasil seninya dijual dengan harga ribuan pounds.
Ini ialah antara hasil lukisan Kieron yang laris.
Posted by amazingnara.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan