Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus | Apabila kita menyebut tentang
uri, KisahBest.My ingin berkongsi tentang satu kisah seram di mana
sebuah keluarga yang membawa balik uri bayi untuk ditanam di rumah,
menjadi tumpuan makhluk halus. Salah seorang daripada ahli keluarga
tersebut tersedar dan cuba melawan makhluk halus tersebut. Persoalannya,
apakah yang terjadi kepada uri tersebut? Ikuti kisah di bawah ini.
Sekadar gambar hiasan
Kami sekeluarga tinggal di kawasan
timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini,
kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia
masih lagi ditahan di hospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu
untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa
balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan
dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana
menurut orang tua-tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat
cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.
Jam di dinding berdenting menandakan
12.45 tengah malam. Penghuni-penghuni lain di rumah sudah nyenyak
dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu.
Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya
perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk
mencari makanan. Apabila kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai
dapur, tiba-tiba aku terlihat lembaga putih di tingkap dapur berjalan di
udara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab
hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami di tingkat lima.
Aku terus beristighfar. Lembaga itu
melintas lagi di tingkap dapur. Tiba-tiba ia berhenti, lalu memandang ke
arahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak di atas meja. Matanya
merah, bagaikan bebola api. Lendir di celah-celah mulutnya yang keluar
sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak.
Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.
Pontianak itu tiba-tiba berlalu,
menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah
duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu di tingkap ruangan tamu
pula. Ia cuba mencakar-cakar dinding ruangan tamu. Aku hairan kenapa
ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu
ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap
penjuru dan tingkap di rumahku.
Oleh sebab itulah pontianak itu
tidak boleh masuk. Aku ke dapur lalu mengambil segelas air lalu ku
bacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan ke seluruh penjuru rumah
dan disemua tingkap.
Akhirnya pontianak itu pergi jua
dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi-pagi lagi aku
mengajak abangku pergi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku
di hospital kemudian, dikatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak
henti-henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah-surah untuk menjadi
pendinding. Aku hanya terdiam di situ mendengar cerita mereka. Kejadian
malam itu tidak kuberitahu sesiapapun.
http://aiyangdisayang.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan