Jumaat, 8 November 2013

Resepi - Ayam Perap Masak Kicap

Ayam_kicap
Lauk yang mudah penyediaannya,sesuai dijadikan lauk untuk  dimakan bersama keluarga hari ini....Yang utama sesuai untuk ibu2 yang bekerja atau yang sibuk sepanjang hari...



Bahan-bahan ( 1 famili )

  • 1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
  • 6 ulas bawang putih*- ditumbuk halus
  • 1/2 ibu jari halia* - ditumbuk halus
  • 1 sb cili giling* (lebihkan jika suka lebih pedas)
  • 1 sb serbuk rempah kari*
  • 1 sk serbuk kunyit*
  • 1/2 cawan kicap manis* (lebihkan jika suka, ikut selera)
  • 1-2 sb air asam*
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar** - hiris bulat
  • 2 biji kentang** - potong baji dan goreng
  • 2 biji tomato** - belah 4
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau** - dipotong serong
  • 1 biji lada benggala merah** (jika suka) - potong kecil
  • sedikit daun sop,daun bawang** - dihiris

Cara-cara

  1. Ayam_perap
    Bersihkan ayam dan toskan.Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
  2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali/periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.Tutup kuali/periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
  3. Buka penutup kuali/periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. 
 
  1. Ayam_kicap_hiris
    Akhir sekali masukkan bahan2 bertanda ** dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
  2. Siap untuk dihidangkan.Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.
 http://www.myresipi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...