Tahukah anda siapakah orang pertama yang mencipta Kapal terbang?
Rata-rata sudah pasti akan mengatakan Wright Brothers (Orville Wright
dan Wilbur Wright) adalah orang pertama yang mencipta kapal terbang.
Dunia telah mengiktiraf Wright Brothers sebagai pencipta kapal
terbang pertama kerana mereka dengan jayanya dapat mencipta kapal
terbang bernama Flyer yang berjaya terbang dengan baik sekali.
Tetapi tahukah kita bahawa konsep kapal terbang yang diguna pakai
oleh Wright Brothers untuk mencipta kapal terbangnya adalah menggunakan
konsep atau idea dari Ilmuan Islam iaitu Abbas Ibn Firnas.
Abbas Ibnu Firnas atau Abbas Qassim Ibnu Firnas, merupakan seorang
yang berketurunan Berber dari Sepanyol. Beliau adalah seorang pakar
Sains, Ahli Teknologi dan Ahli Kimia, Fizik dan Astronomi.
Beliau telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta
Planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Ibnu Firnas telah mendahului
dunia penerbangan seribu tahun sebelum The Wright Brothers.
Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen Firman terbang dari
menara di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk
melambatkan kelajuaannya (penemuan payung terjun). Beliau terselamat
dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas hadir dan menyaksikannya.
Pada tahun 875, pada usia 66 tahun Ibn Firnas mencipta pelayangnya
sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya,
dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun,
pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan
bahawa beliau tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika
terjunam, dan mendarat pada ekornya. Beliau tidak menyediakan ekor,
ataupun cara pergerakan serupa itu.
Ibn Firnas mencipta planetarium mekanikal dengan planet-planet yang
berputar. Beliau juga membuat simulasi guruh dan kilat, menyediakan
jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali
sebagai Al-Maqata.
Selain itu, beliau mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir
juga menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan
pergerakan planet dan bintang. Beliau juga memajukan proses bagi
memotong kristal batu.
Ibn Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi pada usia 77
tahun. Libya telah mengeluarkan setem sebagai menperingatinya. Iraq
membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara
Baghdad dinamakan sempena namanya. Kawah Ibn Firnas di bulan juga
dinamakan sempena namanya.
www.blogammar
noted
BalasPadam