13 Tips Perkahwinan | Perkahwinan juga perlu di pelihara. Ia perlu dijaga agar perkahwinan itu berlandaskan cara hidup Islam.
13 Tips Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus
- Ketika Mencari Calon- Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu bagi anak-anak kita kelak. Janganlah mencari suami, tetapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
- Ketika Melamar- Anda bukan sedang meminta kepa orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis
- Ketika Akad Nikah- Anda bukan bernikah di hadapan penghulu, tetapi bernikah di hadapan Allah.
- Ketika Resepsi Pernikahan- Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai kerana anda sia-siakan doa mereka.
- Ketika Malam Pertama- Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
- Hidup Bekeluarga- Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tetapi juga semak belukar yang penuh onak duri.
- Ketika Rumah Tangga Goyah- Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.
- Ketika Belum Memiliki Anak- Cintailah isteri atau suami anda 100%
- Ketika Memiliki Anak- Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintailah anak-anak anda masing-masing 100%
- Ketika Ekonomi Merundum- Yakinlah bahawapintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
- Ketika Ekonomi Baik- Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
- Ketika Anda Adalah Suami- Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.
- Ketika Anda Adalah Isteri- Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.http://www.menulismenconteng.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan