Pada 9
April tahun 1951, satu percubaan untuk berkerajaan sendiri di mulakan di
Persekutuan Tanah Melayu apabila buat pertama kalinya enam orang 'Ahli
Tidak Rasmi' dari Perkhidmatan Awam telah dilantik mengetuai urusan
pentadbiran beberapa buah Jabatan Kerajaan bertaraf Kementerian dan
untuk turut sama bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.
Perlantikan
adalah untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan secara kabinet yang
dipanggil 'Sistem Ahli' dalam usaha mencapai matlamat berkerajaan
sendiri. Enam orang 'Ahli Tidak Rasmi' yang dilantik itu ialah:
Datuk Onn Jaafar
Ahli bagi Hal Ehwal Dalam Negeri
Dr. Lee Tiang Keng
Ahli bagi Kesihatan
Datuk E.E.C. Thuraisingam
Ahli bagi Pelajaran
Mr. J.D. Mead
Ahli bagi Kerja Raya dan Perumahan
Datuk Mahmud bin Mat
Ahli bagi Tanah dan Galian serta Pengangkutan
Tengku Yaakub (Raja Muda Kedah)
Ahli bagi Pertanian dan Perhutanan
Datuk Onn Jaafar
Mereka ini pula akan bekerjasama dengan lima orang 'Ahli Rasmi' dari Perkhidmatan Awam. ahli-ahli Rasmi ini ialah:
Mr. R.T. Bingham
Setiausaha Hal Ehwal Orang-orang Cina
Mr. D.C. Watherson
Setiausaha Pertahanan
Mr. O.A. Spencer
Ahli bagi Hal Ehwal Ekonomi
Mr. E.B. David
Ahli bagi Perhubungan, Perusahaan dan Sosial
Mr. J.O. Sanders
Ahli bagi Keretapi dan Pelabuhan
Mr.
P.O. Wickens seorang Pegawai Perkhidmatan Awam yang memegang jawatan
sebagai Penolong Setiausaha di Ibu Pejabat Polis Persekutuan dilantik
sebagai Setiausaha Kerajaan iaitu satu jawatan yang baharu diwujudkan.
Kerajaan
juga mengumumkan perlantikan pegawai-pegawai tetap sebagai
setiausaha-setiausaha kepada ahli-ahli di atas. Mereka ialah:
Mr. J.P. Hannyington
Setiausaha kepada Ahli bagi Hal Ehwal Dalam Negeri
Mr. T.E. Hughes
Setiausaha kepada Ahli bagi Kesihatan
Mr. L.H.N. Davis
Setiausaha kepada Ahli bagi Pelajaran
Mr. P.C. Bayrne
Setiausaha kepada Ahli bagi Kerja Raya dan Perumahan
Mr. F.M. Smith
Setiausaha kepada Ahli bagi Tanah dan Galian serta Pengangkutan
Mr. A.J.D.C. Loch
Setiausaha kepada Ahli bagi Pertanian dan Perhutanan
Wajah Bangunan Parlimen sekarang.
Di
bawah Sistem Ahli ini urusan pentadbiran tidak lagi berpusat di bawah
kuasa Ketua Setiausaha. Tugas-tugas Ketua Setiausaha telah bertukar dari
'Ketua Pentadbir' kepada Penyelaras Kementerian yang sebanding dengan
Perdana Menteri.
Demikian
juga Sistem Ahli ini melibatkan penyemakan semula peranan Pesuruhjaya
Tinggi. Apabila tanggungjawab mengenai dasar kerajaan yang semakin
bertambah dipikul oleh Ahli-ahli yang berportfolio, kedudukan
Pesuruhjaya Tinggi sebagai pegawai yang mempengerusikan majlis
Perundangan menjadi ganjil dan bertentangan dengan hasrat untuk menuju
matlamat kerajaan berparlimen.
Akhirnya
dalam bulan September 1953, lapan belas bulan selepas penubuhan rasmi
Sistem Ahli, Pesuruhjaya Tinggi bersara dari jawatan Pengerusi Majlis
Perundangan dan digantikan dengan seorang 'Speaker' yang mempunyai
peranan yang sama dengan 'Speaker' di Dewan Rakyat (House of Commons).
Dengan
adanya Sistem Ahli ini pemindahan tanggungjawab untuk mengendalikan
sebuah kerajaan bersendiri dapat dilakukan. Ia juga memberi kesempatan
kepada ahli-ahli politik memahami dan menyedari kerumitan-kerumitan yang
dihadapi oleh sesebuah kerajaan yang merdeka.
Dipetik dari "Hari Ini Dalam Sejarah" terbitan Arkib Negara Malaysia, 1990.
bluesriders.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan