Hadith:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadith:
i) Amanah
bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya
diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang
dituntut tanpa mengabaikannya.
ii) Amanah
meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan
Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat
dan perkhidmatan.
iii) Monopoli
kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan
kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh
itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan
mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran
dan ketakwaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan