Kebenaran yang menyedihkan mengenai kebanyakan hubungan cinta adalah bahawa ia dimulakan dengan kebahagiaan tetapi berakhir dengan kesedihan. Ada 10 sebab yang menyebabkan hubungan cinta anda dan pasangan renggang dan putus di tengah jalan.
1. Kritikan berterusan
Selepas melalui saat romantis dalam beberapa bulan pertama hubungan,
ramai pasangan biasanya mula menunjukkan warna sebenar mereka. Mereka
tidak boleh menyesuaikan diri antara satu sama lain , mula memerlukan
ruang mereka sendiri dan tidak suka rakan pasangan masing-masing. Semua
ini membawa kepada kritikan berterusan antara satu sama lain , akhirnya
membawa kepada perpisahan.
2. Menipu
Satu pembohongan kecil ataupun penipuan yang besar sebenarnya mempunyai
kuasa untuk menghancurkan hubungan anda. Anda mungkin tidak pernah
bermaksud untuk menipu pasangan anda, tetapi apabila amanah pasangan
anda telah didustai, amat sukar untuk mendapat kepercayaan mereka.
3. Curang
Semua orang menafsirkan perkataan curang dengan cara yang berbeza. Bagi
sesetengah orang, flirting dengan rakan-rakan boleh dipanggil curang
dan bagi sesetengah orang pula, keluar dengan rakan sekerja untuk minum
kopi tanpa memaklumkan kepada pasangan mereka juga boleh dianggap
curang. Anda harus memahami sensitiviti pasangan anda dan bertindak
sewajarnya.
4. Pengintipan
Untuk apa-apa sebab jika anda mempunyai apa-apa keraguan atau syak
wasangka pada pasangan anda, jangan mengintip atau mengekori mereka
kemana sahaja mereka pergi. Beritahu pasangan anda tentang perasaan anda
dan selesaikan masalah dengan baik secara langsung. Walaupun realitinya
agak pahit, tetapi ianya lebih baik dari memasang mata-mata gelap untuk
mengintip pasangan curang.
5. Cemburu yang keterlaluan
Cemburu dan iri hati terhadap pasangan adakalanya baik untuk setiap
hubungan . Tetapi ada satu garis halus antara sifat memiliki yang sihat
dan yang keterlaluan . Jika anda mendapati diri anda sentiasa menyoal
pasangan anda tentang di mana mereka berada , keluar dengan siapa dan
soalan lain setiap masa, anda akan melihat bahawa pasangan anda
perlahan-lahan akan lebih jauh dari anda.
6. Perbandingan dengan hubungan masa lalu
Ini adalah satu perkara yang anda harus elakkan apabila anda berada
dalam hubungan yang baru. Apabila manusia masuk ke dalam fasa hubungan
baru , mereka berharap untuk melupakan kepahitan hubungan mereka sebelum
ini. Jika anda selalu membandingkan hubungan baru dan lama anda dengan
cara yang sinis, ini hanya akan menyakiti pasangan anda dan boleh
membuatkan pasangan anda bosan lalu meninggalkan anda.
7. Halangan komunikasi
Perkara yang paling kritikal dalam hubungan adalah komunikasi. Semua
aspek termasuklah amanah, rasa hormat dan ruang peribadi bermula dan
berakhir dengan komunikasi yang baik. Jika terdapat satu perkara yang
mengganggu fikiran anda , adalah lebih baik untuk berkongsi dengan
pasangan anda dan bukannya menyimpan perasaan serta membiarkan ia
membarah di dalam hati anda . Kebanyakan hubungan sempurna akhirnya
gagal kerana kekurangan komunikasi yang baik.
8. Mengambil mudah semua perkara
Apabila bermulanya saat romantis bersama si dia, pasangan sedaya upaya
untuk mengingati saat istimewa dan memberikan kejutan buat pasangan.
Tetapi lama kelamaan rasa itu semakin pudar dan ada pasangan yang
mengambil mudah perkara yang dianggap remeh untuk memekarkan hubungan.
9. Masuk ke dalam fasa membosankan
Rutin adalah seperti pedang bermata dua. Ia boleh menjadi satu kelebihan
kerana ia membawa keselamatan dalam hidup anda dan pasangan. Tetapi,
banyak hubungan masuk ke dalam fasa bosan kerana tiada apa yang berbeza
dan lain. Lumrah manusia mahukan perbezaan.. contohnya, kalau hari-hari
makan ikan, bosan juga kan? Nak juga merasa lauk ayam dan kari.
Tambahkan lagi aktiviti bersama yang boleh dilakukan pada hujung minggu.
Keluar berbulan madu untuk menyemarakkan lagi hubungan intim bersama
pasangan.
10. Rasa tidak puas hati secara fizikal
Apabila hubungan yang dijalinkan lebih dari dua tahun,segala-galanya
bermula menjadi bosan jika tidak ada perkara romantik yang dibuat untuk
memenangi hati pasangan. Ada pasangan yang tidak menjaga penampilan diri
sehingga menyebabkan mereka bosan melihat anda tidak sayangkan badan
anda sendiri. Anda perlu berusaha untuk menyayangi pasangan anda luaran
dan dalaman. Dia juga manusia, punya perasaan.
pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan